Ruqayyah, Puteri Rasulullah SAW

Salah seorang anak perempuan Nabi SAW bernama Ruqayyah رقية بنت محمد صلى الله عليه وسلم. Beliau isteri kepada 'Uthman bin 'Affan RA, khalifah ke-3 setelah kewafatan Nabi SAW.

Kata Abu 'Umar: "Tidak kami ketahui adanya khilaf, bahawa Zainab adalah anak perempuan baginda Nabi SAW yang sulung. Mereka (para ulama) berbeza pandangan pada Ruqayyah, Fatimah dan Ummu Kalthum, kebanyakan ulama berpandangan menurut tertib ini."

Ruqayyah asalnya adalah isteri kepada 'Utbah bin Abi Lahab. Setelah pengutusan Nabi SAW, Abu Lahab mengarahkan anaknya mentalaqkan Ruqayyah.

Setelah itu Ruqayyah berkahwin dengan 'Uthman. Ibn Hisham menyatakan, Uthman mengahwini Ruqayyah, dan membawanya berhijrah ke Habashah. Ketika peperangan Badar, Nabi SAW meminta 'Uthman menemani Ruqayyah yang sedang sakit ketika itu. Beliau meninggal dunia tidak lama selepas itu Radhiyallahu 'anha. Kewafatan beliau berlaku dalam bulan Ramadhan, tahun ke-2 Hijriyyah bersamaan 624 Masihi.


Cetak  
Wallahu a'lam