Jumlah Rakaat Solat Nabi SAW Sehari Semalam

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah RH berkata:

"Dalam al-Sahih, daripada Ummu Habibah, bahawa Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang solat sunat dua belas rakaat dalam sehari semalam, selain daripada solat fardhu, Allah akan bina untuknya sebuah rumah di dalam Syurga."

Dalam kitab-kitab Sunan terdapat penjelasan solat-solat sunat yang dimaksudkan, iaitulah: "Empat rakaat sebelum zohor, dua rakaat selepasnya, dua rakaat selepas Maghrib, dua rakaat selepas Isyak', dan dua rakaat sebelum subuh." Inilah solat sunat Ratibah yang sabit dalam al-Sahih daripada Nabi SAW, melalui perkataan dan perbuatan baginda. Semua hadis dalam perkara ini bersumberkan daripada hadith Ibn Omar, Aisyah, dan Ummu Habibah.

Selain itu, Nabi SAW juga sering melakukan qiyamullail, sama ada sebelas rakaat atau tiga belas rakaat. Maka jumlah solat fardhu dan sunat baginda pada waktu malam dan siang adalah sekitar empat puluh rakaat." (Majmu' al-Fatawa 24/200).


Cetak  
Wallahu a'lam