SDI 1646: Benarkah al-Hajjaj bin Yusuf Seorang Penguasa Yang Zalim?

Soalan:

Adakah betul hajjaj bin yusuf seorang penguasa yang zalim?

Jawapan:

Al-Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi, seorang pemimpin yang zalim, suatu yang masyhur dalam kalangan ulama. Tokoh² besar seperti Ibn Kathir, al-Zahabi dan lain² menyebut tentang kezalimannya. Beliau seorang yang banyak menumpahkan darah umat Islam. Antara individu besar yang telah dibunuhnya ialah 'Abdullah bin al-Zubair RA, cucu kepada Abu Bakr al-Siddiq RA. Al-Hajjaj mengepung Ibn al-Zubair di Kaabah, seterusnya melancarkan minjaniq (lastik besar) ke atasnya RA.

Asma' binti Abi Bakr RA berkata:

إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَدَّثَنَا أَنَّ فِي ثَقِيفٍ كَذَّابًا وَمُبِيرًا، فَأَمَّا الْكَذَّابُ فَرَأَيْنَاهُ، وَأَمَّا الْمُبِيرُ فَلَا إِخَالُكَ إِلَّا إِيَّاهُ

Maksudnya: "Sesungguhnya Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami bahawa di Thaqif (Taif) ini akan ada seorang yang besar pendustaannya (iaitulah al-Mukhtar bin Abi 'Ubaid) dan seorang mubir (banyak menumpahkan darah umat Islam. Seorang yang besar pendustaannya telah kami lihat orangnya. Adapun mubir yang baginda maksudkan tiada lain, melainkan dia (al-Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi)."

Sekalipun begitu al-Hajjaj memiliki kebaikan yang lain juga seperti yang disebut oleh para ulama. Antaranya beliau seorang yang memuliakan al-Quran dan ahli Quran. Seorang ahli bahasa 'Arab, seorang yang berani melawan musuh Islam, berjasa dalam mengembangkan Islam dan seumpamanya.

 


Cetak  
Wallahu a'lam