SDI 1651: Bilangan Sahabat Nabi SAW

Soalan:

Berapakah jumlah sahabat Nabi SAW?

 

Jawapan:

Bilangan sebenar Sahabat Nabi SAW tidak dapat dipastikan dengan tepat. Ini kerana, ketika Rasulullah SAW wafat, masih tiada senarai menghimpunkan semua nama para sahabat baginda. Ditambah keberadaan para sahabat yang berselerak di tempat² yang berbeza. Realiti ini tergambar dalam ungkapan Ka'ab bin Malik RA dalam hadis peperangan Tabuk yang berlaku pada tahun 9 Hijriyyah, lebih kurang dua tahun dua bulan sebelum kewafatan Baginda SAW, beliau berkata:

وَالْمُسْلِمُونَ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَثِيرٌ وَلَا يَجْمَعُهُمْ كِتَابٌ حَافِظٌ

Maksudnya: "Umat Islam bersama Rasulullah SAW adalah ramai, namun tiada senarai yang menghimpunkan nama mereka semua." (Muttafaqun 'Alaih)

Seorang guru kepada Imam Muslilm, Abu Zur‘ah al-Razi RH, menyatakan bilangan sahabat Nabi SAW adalah seramai 114000 orang. Perkataan beliau ini diriwayatkan oleh al-Khatib al-Baghdadi dalam al-Jami’ Li Akhlaq al-Rawi Wa Adab al-Sami’ 2/293.

Ibn Kathir dalam al-Ba‘ith al-Hathith 1/185 menyatakan:

قال الشافعي: روي عن رسول الله ﷺ ورآه من المسلمين نحو من ستين ألفًا. وقال أبو زرعة الرازي: شهد معه حجة الوداع أربعون ألفًا، وكان معه بتبوك سبعون ألفًا، وقبض ﷺ عن مائة ألف وأربعة عشر ألفًا من الصحابة

Maksudnya: “Berkata al-Syafi‘e: diriwayatkan daripada Rasulullah SAW dan dari kalangan umat Islam yang pernah melihat baginda sekitar 60,000 orang. Kata Abu Zur‘ah al-Razi: Seramai 40,000 orang yang menyertai Haji Wada’ bersama baginda. Dalam peperangan Tabuk pula seramai 70,000 pernyertaan. Baginda diwafatkan oleh Allah, meninggalkan seramai 114000 orang sahabat.”

 


Cetak  
Wallahu a'lam