SDI 1671: Benarkah Abdul Rahman bin Muljam Membunuh Saidina Ali Kerana Seorang Wanita?

Soalan:

Assalamualaikum ustaz... Saya nak tanya... Adakah betul Abdul Rahman bin Muljam bunuh Saidina Ali disebabkan inginkan seorang wanita?

Jawapan:

Pertama sekali orang yang membunuh Sayyidina ‘Ali bin Abi Talib iaitulah ‘Abdul Rahman bin ‘Amr yang terkenal sebagai Ibn Muljam atau ‘Abdul Rahman bin Muljam. Dia inilah yang membunuh ‘Ali bin Abi Talib RA. Apakah dia membunuh Sayyidina ‘Ali disebabkan seorang wanita? Maka jawapannya ya, disebut dalam kitab-kitab sejarah, Ibn Kathir dalam al-Bidayah wa al-Nihayah ada sebut. Itulah dia ‘Abdul Rahman bin Muljam, yang meminang seorang wanita anak kepada seorang khawarij yang telah dibunuh oleh Sayyidina ‘Ali bin Abi Talib dalam peperangan menghadapi golongan khawarij. Lalu anak perempuan dia menaruh dendam.

Apabila ‘Abdul Rahman bin Muljam masuk meminang, wanita itu meletakkan salah satu mahar perkahwinannya ialah membunuh balas ‘Ali Talib yang telah membunuh ayahnya. Wanita yang dimaksudkan ini, dikatakan namanya Qitam (قطام), dia juga seorang wanita yang amat cantik dan terkenal dengan kecantikannya. Lalu Abdul Rahman bin Muljam memenuhi permintaan wanita ini, membunuh ‘Ali bin Abi Talib RA.

Selain daripada wanita ini meminta ‘Abdul Rahman bin Muljam membunuh ‘Ali bin Abi Talib sebagai mahar. Dia juga meminta lebih kurang tiga ribu dirham, seorang hamba dan ada permintaan lain lagi sebagai mahar perkahwinannya dan semuanya dipenuhi oleh 'Abdul Rahman bin Muljam.


Cetak  
Wallahu a'lam