Luasnya Keampunan Allah SWT

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda berdasarkan apa yang baginda hikayatkan dari Allah Azza wa jalla:


أَذْنَبَ عَبْدٌ ذَنْبًا فَقَالَ: اللهمَّ اغْفِرْ لِي ذَنْبِي. فَقَالَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى: أَذْنَبَ عَبْدِي ذَنْبًا، فَعَلِمَ أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِالذَّنْبِ. ثُمَّ عَادَ فَأَذْنَبَ، فَقَالَ: أَيْ رَبِّ اغْفِرْ لِي ذَنْبِي. فَقَالَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى: عَبْدِي أَذْنَبَ ذَنْبًا فَعَلِمَ أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِالذَّنْبِ. ثُمَّ عَادَ فَأَذْنَبَ، فَقَالَ: أَيْ رَبِّ اغْفِرْ لِي ذَنْبِي. فَقَالَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى: أَذْنَبَ عَبْدِي ذَنْبًا، فَعَلِمَ أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِالذَّنْبِ، اعْمَلْ مَا شِئْتَ فَقَدْ غَفَرْتُ لَكَ

Maksudnya: “Seorang hamba melakukan doa, lalu dia berkata: “Ya Allah ampunkanlah dosaku.” Lalu Allah yang Maha berkat berfirman: “HambaKu telah melakukan dosa. Dia mengetahui bahawa dia memiliki tuhan yang mahu mengampunkan dosa, dan boleh mengenakan hukuman terhadap dosa.” Setelah itu hamba tadi mengulangi dan berdosa sekali lagi. Lalu dia berkata: “Wahai tuhan, ampunkan dosaku.” Lalu Allah yang Maha berkat berfirman: “HambaKu telah melakukan dosa. Dia mengetahui bahawa dia memiliki tuhan yang mahu mengampunkan dosa, dan boleh mengenakan hukuman terhadap dosa.” Setelah itu hamba tadi mengulangi dan berdosa sekali lagi. Lalu dia berkata: “Wahai tuhan, ampunkan dosaku.” Lalu Allah berfirman lagi: “HambaKu telah melakukan dosa. Dia mengetahui bahawa dia memiliki tuhan yang mahu mengampunkan dosa, dan boleh mengenakan hukuman terhadap dosa. Lakukanlah apa yang kamu kehendaki, sesungguhnya Aku telah memberi keampunan kepada kamu .” (HR Muslim)

Di dalam hadis lain baginda bersabda:

 
إِنَّ الشَّيْطَانَ قَالَ: وَعِزَّتِكَ يَا رَبِّ، لَا أَبْرَحُ أُغْوِي عِبَادَكَ مَا دَامَتْ أَرْوَاحُهُمْ فِي أَجْسَادِهِمْ. قَالَ الرَّبُّ: وَعِزَّتِي وَجَلَالِي، لَا أَزَالُ أَغْفِرُ لَهُمْ مَا اسْتَغْفَرُونِي

Maksudnya: “Sesungguhnya Syaitan berkata: Demi kemuliaanMu wahai tuhan. Pasti aku akan berterusan memesongkan para hambaMu selama-mana nyawa berada di dalam tubuh badan mereka. Allah berfirman: “Dan demi kemuliaanKu dan keagunganKU, aku akan sentiasa memberi keampunan kepada mereka jika mereka meminta ampun daripadaku.” (Hadis Sahih riwayat Ahmad 10974)

WA


Cetak  
Wallahu a'lam