Pengikut Kebenaran

Kata ‘Umar bin Abd al-‘Aziz: "Jangan kamu jadi dari kalangan orang yang mengikut kebenaran jika kebenaran itu menepati kehendakmu dan kamu menyalahi kebenaran apabila ia menyalahi kehendak nafsumu. Jika demikian keadaanmu, maka kamu tidak akan diberi pahala di atas mengikut kebenaran, sebaliknya kamu tetap dihukum atas menyalahi kebenaran."

Kerana itu, termasuk dari doa al-Imam Ahmad di dalam sujud beliau ialah:

“Ya Allah sesiapa dari kalangan umat ini yang tidak berada di atas kebenaran, sedangkan dia menyangka yang dia di atas kebenaran, maka engkau kembalikanlah dia semula kepada kebenaran semoga dia termasuk dari kalangan ahli kebenaran" nukilan al-Syeikh Ihsan al- ‘Utaibi


Cetak  
Wallahu a'lam