Tuhanku...
Ramai yang menyangka, mereka memiliki kuasa penyebab dalam banyak perkara...
Mereka lupa, tuhan merekalah yang mewujudkan sebab...
Sesungguhnya keyakinanku kepada tuhanku lebih kuat berbanding keyakinanku kepada diriku sendiri.
Wahai Tuhan yang telah berfirman kepada api yang dilontarkan Ibrahim AS ke dalamnya: "wahai api! Jadilah sejuk dan selamat untuk Ibrahim."
Oleh itu, Wahai tuhan... jadikanlah api fitnah yang melanda umat Islam hari ini segera reda dan datangkan keselamatan ke atas kami dan sekelian umat Islam.