Ucapan Agar Nikmat Yang Dikurniakan Allah Kekal Berterusan

Tazkirah Jumlah paparan: 717
Firman Allah SWT:
 
وَلَوْلَا إِذْ دَخَلْتَ جَنَّتَكَ قُلْتَ مَا شَاءَ اللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ ۚ إِن تَرَنِ أَنَا أَقَلَّ مِنكَ مَالًا وَوَلَدًا
 
Maksudnya: "Dan kalaulah ketika kamu masuk ke dalam ladangmu, kamu berkata Ma Sya-a Allah, La Quwwata Illa Billah (Apa yang dikehendaki oleh Allah, Tiada kekuatan melainkan dengan Allah, ketika kamu melihat aku lebih kurang harta dan anak berbanding kamu." (alKahf: 39) 
 
Ayat ini menceritakan nasihat yang diberi oleh seorang lelaki yang beriman kepada seorang kawannya yang kafir yang berasa kagum dengan dua ladang subur miliknya. Bagi menjamin ladang itu kekal terpelihara, lelaki yang beriman itu menasihati kawannya agar menyebut:
 
مَا شَاءَ اللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
 
Inilah ungkapan yang mesti diucapkan oleh setiap individu apabila Allah mengurniakan kepadanya kebaikan, nikmat dan kelebihan. Jika seseorang itu benar-benar mengucapkan kalimah ini dalam keadaan bertawakkal kepada Allah, mengucapkannya dari jantung hati yang sedar dan faham kandungannya, bukan ucapan lidah semata-mata, pasti Allah akan memelihara kebaikan dan kelebihan tersebut untuknya. (Dari Dr. Solah Abdul Fattah alKhalidi)
Cetak
Wallahu a'lam