Buatlah sesuatu kerana Allah

Tazkirah Jumlah paparan: 532
Sesiapa yang melakukan sesuatu kerana Allah, akan merasai kerehatan dan ketenangan hati. Jika dia berjaya menyempurnakan sesuatu amalan bermanfaat, dia tahu bahawa di sana ada TUHAN yang mengira penat lelahnya untuk dibalas dengan pahala. Jika dia tersilap dalam sesuatu amalan yang dilakukannya, dia tahu bahawa di sana ada TUHAN yang memerhatikan niat sucinya, lalu memaafkan kesilapan-kesilapan yang berlaku. Oleh itu, jika anda betul dalam tindakan atau tersilap, anda dalam dua keadaan ini.
 
Kecelakaan dan penyesalan adalah untuk orang yang mengharap redha orang ramai dari apa-apa yang dilakukannya. Sedangkan orang ramai itu jika dia berbuat betul, mereka akan hasad dan tidak berterima kasih kepadanya. Jika dia tersilap, mereka akan sibuk pula menyebut-nyebut kesilapan itu bagi tujuan menjatuhkannya.
 
Jiwa seseorang insan tidak akan tetap dan kukuh, melainkan jika Allah-lah di hadapan setiap amal perbuatannya. Sedang semua manusia di belakangnya. Jika sebaliknya, kemurkaan Allah yang bakal diterima.
Cetak
Wallahu a'lam