Wednesday, December 14, 2011
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ الله عَنْهُ، عَنِ النّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ: "حَتَّى إِذَا أَرَادَ اللَّهُ رَحْمَةَ مَنْ أَرَادَ مِنْ أَهْلِ النَّارِ أَمَرَ اللَّهُ الْمَلَائِكَةَ أَنْ يُخْرِجُوا مَنْ كَانَ يَعْبُدُ اللَّهَ فَيُخْرِجُونَهُمْ وَيَعْرِفُونَهُمْ بِآثَارِ السُّجُودِ وَحَرَّمَ اللَّهُ عَلَى النَّارِ أَنْ تَأْكُلَ أَثَرَ السُّجُودِ فَيَخْرُجُونَ مِنْ النَّارِ فَكُلُّ ابْنِ آدَمَ تَأْكُلُهُ النَّارُ إِلَّا أَثَرَ السُّجُودِ".
Mafhumnya: Daripada Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW yang bersabda: “Apabila Allah hendak merahmati sesiapa dari kalangan ahli neraka, Allah akan mengarahkan para malaikat untuk mengeluarkan sesiapa yang menyembah Allah, lalu dikeluarkan orang-orang yang menyembah Allah dari neraka, para malaikat mengenali mereka dengan kesan sujud, Allah mengharamkan neraka dari membakar kesan sujud, maka mereka akan keluar dari neraka. Oleh yang demikian setiap anak Adam yang masuk ke dalam neraka akan dibakar tubuh badannya melainkan kesan sujud.” (Ahmad 2/533, bil: 10919. Al-Bukhari 1/277, bil: 773. Muslim 4/2279, bil: 2968)
وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ الله عَنْهُ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: "أَقْرَبُ مَا يَكُونُ الْعَبْدُ مِنْ رَبِّهِ وَهُوَ سَاجِدٌ فَأَكْثِرُوا الدُّعَاءَ".
Mafhumnya: Daripada Abu Hurairah RA: Rasulullah SAW bersabda: Seseorang hamba paling dekat dengan Allah adalah ketika dia sedang sujud, oleh kerana itu perbanyakkanlah doa (di dalamnya).” (Muslim 1/350, bil: 482. Abu Daud 1/231, bil: 875. Al-Nasa’ie 2/226, bil: 1137. Ahmad 2/421, bil: 9442. Ibn Hibban 5/254, bil: 1928. Al-Baihaqi 2/110, bil: 2517)
Al-Imam al-Nawawi berkata di dalam Syarh Sahih Muslim: “Hadis ini merupakan dalil bagi yang berpandangan sujud lebih utama dari berdiri dan lebih utama dari kesemua rukun solat yang lain.”
وَعَنْ معدان بنِ أَبي طلحةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: لَقِيتُ ثَوْبَانَ مَوْلى رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ فَقُلْتُ: أَخْبِرْنِي بِعَمَلٍ أَعْمَلُهُ يُدْخِلُنِي اللهُ بِهِ الْجَنَّةَ، أَوْ قَالَ قُلْتُ: بِأَحَبِّ الأَعْمَالِ إِلى اللهِ فَسَكَتَ، ثُمَّ سَأَلْتُهُ فَسَكَتَ، ثُمَّ سَأَلْتُهُ الثَّالِثَةَ فَقَالَ: سَأَلْتُ عَنْ ذَلِكَ النَّبِيَّ صَلى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : "عَلَيْكَ بِكَثْرَةِ السُّجُودِ، فَإِنَّكَ لا تَسْجُدُ للهِ سَجْدَةً إِلاَّ رَفَعَكَ اللهُ بِهَا دَرَجَةً ، وَحَطَّ عَنْكَ بِهَا خَطِيئَةً"
Mafhumnya: Daripada Ma’dan bin ABi Talhah RA katanya: “Saya bertemu dengan Thauban maula Rasulullah SAW, lalu saya berkata: Khabarkan kepada saya satu amalan yang bila saya lakukannya, Allah akan memasukkan saya ke dalam syurga.” Atau dia berkata: “Amalan yang lebih disukai oleh Allah, lalu beliau(Thauban) diam. Kemudian saya bertanya lagi kepadanya, beliau berdiam diri, kemudian saya bertanya lagi kali ketiga. Lalu beliau menjawab: Saya pernah bertanya perkara ini kepada Nabi SAW, dan baginda bersabda: Hendaklah kamu membanyakkan sujud (membanyakkan solat), kerana sesungguhnya kamu tidak melakukan satu sujud kepada Allah melainkan Allah akan menaikkan satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan.” (Ahmad 5/276, bil: 22431. Muslim 1/353, bil: 488. Al-Tirmizi 2/231, bil: 389, beliau berkata: "Hasan Sahih". Al-Nasa’ie dalam al-Kubra 1/242, bil: 725. Ibn Majah 1/457, bil: 1423. Ibn Khuzaimah 1/163, bil: 316. Ibn Hibban 5/27, bil: 1735)