Ain

Dahulunya Dato' Dr MAZA pernah memuji sakan beberapa orang Ustaz. Waktu tu mereka masih adik-adik hingusan... Barangkali disebabkan DR MAZA lupa doakan Barakah ketika itu, segelintir yang dipuji itu, kelihatan seperti orang tenggelam punca dan meroyan, memaki-hamun, menghukum bid'ah dan sesat kepada orang lain hatta kepada MAZA sendiri.
Sangkaan kuat saya, mereka ini telah terkena 'ain MAZA. Ubatnya... Mereka kena dimandikan dengan air bekas wudhu MAZA. Kalau tidak, bimbang mereka akan terus meroyan....

Wallahu a'lam

Syaitan Akan Mencampakkan Rasa Khusu'

Kata al-Imam al-Auzaie:

"telah sampai kepadaku bahawa sesiapa yang mereka-reka sesuatu bid'ah, syaitan akan membiarkan dia beribadah. Lalu syaitan mencampakkan kepadanya rasa khusu' sehingga mampu mengalirkan air mata, agar orang itu terperangkap dengannya." (Al-Hawadith wa al-Bida'. hal: 297)

Wallahu a'lam

Benarlah Allah tidak membebankan satu jiwa melainkan apa yang termampu dilakukannya sahaja

Manusia itu biasanya melupai akan budi yang engkau curahkan untuknya. Sebaliknya dia lebih suka menyebut-nyebut dan mengungkit-ungkit perkara-perkara yang tidak mampu engkau lakukan untuknya.

Adapun Tuhanmu ALLAH, akan melipat-gandakan amalan baik yang kamu kerjakan dan tetap memberi pahala atas amalan baik yang tidak mampu kamu lakukan kerana ada halangan.

Sesungguhnya benarlah Allah tidak membebankan satu jiwa melainkan apa yang termampu dilakukannya sahaja.

Wallahu a'lam