Jangan kalah dengan kekuatan musuh, kerana setiap kekuatan akan menyusul selepasnya kelemahan.
Justeru, mohonlah bantuan dari tuhan yang maha kuat, tiada sesuatu yang dapat melemahkannya.
Jika ditanya kepada seorang yang berumur 20 tahun: "apa yang hendak kamu lakukan ketika berumur 60 tahun?" Dia akan menjawab: "lambat lagi waktu tu..." Namun jika ditanya kepada seorang yang berumur 60 tahun: "apakah kamu masih ingat kenangan ketika berumur 20 tahun?" Dia akan menjawab: "ia seperti baru berlaku semalam."
Benarlah... Umur itu terlalu singkat dan memperdayakan... berilah perhatian kepadanya....