Wahai Tuhan Yang Menjadikan Api Sejuk Untuk Nabi Ibrahim

Tuhanku...
Ramai yang menyangka, mereka memiliki kuasa penyebab dalam banyak perkara...

Mereka lupa, tuhan merekalah yang mewujudkan sebab...
Sesungguhnya keyakinanku kepada tuhanku lebih kuat berbanding keyakinanku kepada diriku sendiri.

Wahai Tuhan yang telah berfirman kepada api yang dilontarkan Ibrahim AS ke dalamnya: "wahai api! Jadilah sejuk dan selamat untuk Ibrahim."

Oleh itu, Wahai tuhan... jadikanlah api fitnah yang melanda umat Islam hari ini segera reda dan datangkan keselamatan ke atas kami dan sekelian umat Islam.

Wallahu a'lam

Berbaik Sangka Dengan Allah

Ketahuilah.... Betapa banyak lagi kebaikan yang bakal direzekikan kepadamu dan betapa banyak lagi musibah yang akan disingkapkan darimu.... Justeru berbaik sangkalah kepada ALLAH dan perbanyakkan istighfar...

Wallahu a'lam

Pastikan jantung hati yang murni, keimanan yang benar dan niat yang betul

Dan bersegeralah mendapatkan keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seperti luas langit & bumi..." (surah al-Hadid: 41)

Bersegera iaitulah sebelum melakukan apa-apa amalan, hendaklah memastikan jantung hati yang murni, keimanan yang benar dan niat yang betul.

Wallahu a'lam