Kelebihan Panjang Umur dan Banyak Ibadah

Friday, September 23, 2011

عَنْ طَلْحَةَ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ رَضِيَ الله عَنْهُمَا، أَنَّ رَجُلَيْنِ مِنْ بَلِيٍّ قَدِمَا عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَكَانَ إِسْلَامُهُمَا جَمِيعًا فَكَانَ أَحَدُهُمَا أَشَدَّ اجْتِهَادًا مِنْ الْآخَرِ فَغَزَا الْمُجْتَهِدُ مِنْهُمَا فَاسْتُشْهِدَ ثُمَّ مَكَثَ الْآخَرُ بَعْدَهُ سَنَةً ثُمَّ تُوُفِّيَ قَالَ طَلْحَةُ: فَرَأَيْتُ فِي الْمَنَامِ بَيْنَا أَنَا عِنْدَ بَابِ الْجَنَّةِ إِذَا أَنَا بِهِمَا فَخَرَجَ خَارِجٌ مِنْ الْجَنَّةِ فَأَذِنَ لِلَّذِي تُوُفِّيَ الْآخِرَ مِنْهُمَا ثُمَّ خَرَجَ فَأَذِنَ لِلَّذِي اسْتُشْهِدَ ثُمَّ رَجَعَ إِلَيَّ فَقَالَ: ارْجِعْ فَإِنَّكَ لَمْ يَأْنِ لَكَ بَعْدُ فَأَصْبَحَ طَلْحَةُ يُحَدِّثُ بِهِ النَّاسَ فَعَجِبُوا لِذَلِكَ فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَحَدَّثُوهُ الْحَدِيثَ فَقَالَ: "مِنْ أَيِّ ذَلِكَ تَعْجَبُونَ؟فَقَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ هَذَا كَانَ أَشَدَّ الرَّجُلَيْنِ اجْتِهَادًا ثُمَّ اسْتُشْهِدَ وَدَخَلَ هَذَا الْآخِرُ الْجَنَّةَ قَبْلَهُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "أَلَيْسَ قَدْ مَكَثَ هَذَا بَعْدَهُ سَنَةً؟قَالُوا: بَلَى، قَالَ: "وَأَدْرَكَ رَمَضَانَ فَصَامَ وَصَلَّى كَذَا وَكَذَا مِنْ سَجْدَةٍ فِي السَّنَةِ؟قَالُوا: بَلَى، قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "فَمَا بَيْنَهُمَا أَبْعَدُ مِمَّا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ

Mafhumnya: "Daripada Tolhah bin ‘Ubaidillah RA, bahawa ada dua orang lelaki dari Baliy (nama sebuah tempat) datang kepada Rasulullah SAW. Kedua-dua mereka memeluk Islam bersama. Salah seorang dari keduanya amat bersungguh untuk menyertai jihad berbanding seorang lagi, lalu dia menyertai jihad dan dia gugur sebagai syahid. Adapun yang seorang lagi terus dipanjangkan umur, dan dia meninggal dunia setelah setahun pemergian kawannya yang mati syahid tadi. Tolhah berkata: Suatu hari aku bermimpi, ketika aku berada berhampiran pintu Syurga, bersama dengan kedua-dua lelaki tadi, keluar seseorang dari Syurga, lalu mengizinkan lelaki yang meninggal dunia kemudian (yang bukan mati Syahid) untuk memasuki Syurga. Setelah itu (setelah beberapa ketika) keluar lagi orang itu dan mengizinkan lelaki yang mati syahid pula untuk memasuki Syurga, kemudian orang itu datang kepadaku dan berkata: Pulanglah, kerana sesungguhnya belum tiba giliran kamu lagi (untuk memasuki Syurga). Apabila pagi hari, Tolhah menceritakan apa yang dilihatnya di dalam mimpi kepada orang ramai menyebabkan orang ramai merasa hairan. Perkara tersebut sampai ke pengetahuan Rasulullah SAW, lalu orang ramai menceritakan kepada baginda tentang mimpi Tolhah tersebut. Setelah itu baginda bersabda: Apakah yang menyebabkan kamu semua merasa hairan? Mereka menjawab: Wahai Rasulullah, lelaki yang mati Syahid itu lebih bersungguh untuk berjihad berbanding kawannya dan ternyata dia memperolehi syahid. Sebaliknya kawan dia yang memasuki syurga terlebih dahulu darinya. Sabda Nabi SAW: Bukankah kawannya itu terus hidup selepas kematiannya setahun? Para sahabat menjawab: Benar wahai Rasulullah. Baginda bersabda lagi: Bukankah dia juga sempat bertemu dengan Ramadhan, lalu dia berpuasa Ramadhan dan banyak menunaikan solat dalam tahun tersebut? Para sahabat menjawab: Benar wahai Rasulullah. Rasulullah SAW berikutnya bersabda: Kedudukan mereka berdua amat berbeza, lebih jauh dari perbezaan langit dan bumi.” (Hadis dikeluarkan oleh Ibn Majah 3925, Ibn Hibban 2466, al-Baihaqi dalam al-Zuhd 2/73, Ahmad 1/161-163, Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya 310, al-Hakim 1/200 dan hadis ini dinilai sahih oleh al-Albani dalam al-Silsilah al-Sahihah 6/176. Al-‘Allamah al-Sindiy dalam Syarh Sunan Ibn Majah berkata: "hadis ini menunjukkan adanya kelebihan dipanjangkan umur beserta banyak amalan baik.”

Wallahu a'lam

Jangan Berputus Asa Dari Rahmat Allah

Wednesday, November 9, 2011

Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA, Nabi SAW bersabda:

قَالَ إِبْلِيسُ: أَيْ رَبِّ لَا أَزَالُ أُغْوِي بَنِي آدَمَ مَا دَامَتْ أَرْوَاحُهُمْ فِي أَجْسَادِهِمْ". قَالَ: "فَقَالَ الرَّبُّ عَزَّ وَجَلَّ: لَا أَزَالُ أَغْفِرُ لَهُمْ مَا اسْتَغْفَرُونِي

Mafhumnya: “Iblis berkata: Wahai tuhan, aku akan berterusan memesongkan anak Adam selagi roh mereka berada di dalam jasad mereka.” Baginda bersabda lagi: Lalu Allah ‘Azza wa Jalla berfirman: Senantiasalah daku akan mengampunkan mereka selagi mereka memohon keampunan kepada daku.” |HR Ahmad (3/29, bil: 11255), Abu Ya’la (2/530, bil: 1399), al-Hakim (4/290, bil: 7672, dan berkata: “Sahih al-Isnad”). Al-Tabrani di dalam al-Awsath (8/333, bil: 8788). Hadis ini dinilai sebagai Sahih juga oleh al-Albani di dalam al-SIlsilah al-Sahihah (1/163)|

Daripada Abu Musa al-Asy’ari RA, Nabi SAW bersabda:

إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يَبْسُطُ يَدَهُ بِاللَّيْلِ لِيَتُوبَ مُسِيءُ النَّهَارِ وَيَبْسُطُ يَدَهُ بِالنَّهَارِ لِيَتُوبَ مُسِيءُ اللَّيْلِ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا

Mafhumnya: “Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla akan sentiasa membuka tangannya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang melakukan kesalahan pada siang harinya, dan Dia akan sentiasa membukan tangannya pada siang hari untuk menerima taubat orang yang melakukan kesalahan pada malam harinya, sehinggalah terbitnya matahari dari sebelah barat (berlaku kiamat).” |Ahmad (4/395, bil: 19547), Muslim (4/2113, bil: 2759). Al-Daraqutni di dalam al-Sifaat (1/20, bil: 18) dan al-Baihaqi (8/136, bil: 16281)|

Daripada Abu Zarr RA, katanya saya pernah bertanya:

قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ أَوْصِنِي, قَالَ: "إِذَا عَمِلْتَ سَيِّئَةً فَأَتْبِعْهَا حَسَنةً تَمْحُهَاقِيلَ: يَا رَسُولَ اللهِ أَمِنَ الْحَسَنَاتِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ؟ قَالَ: "هِيَ أَفْضَلُ الْحَسَنَاتِ

Mafhumnya: “Wahai Rasulullah, berilah wasiat kepada saya.” Baginda bersabda: “Apabila kamu melakukan kesalahan (dosa), turutilah ia dengan melakukan kebaikan, kerana kebaikan akan menghapuskan kesalahan tadi.” Ditanya kepada baginda: “Wahai Rasulullah apakah kalimah لا إله إلا الله termasuk di dalam al-Hasanat (perkara-perkara kebaikan).” Baginda bersabda: “Ia merupakan perkara-perkara kebaikan yang paling afdhal.” |Ahmad (5/169, bil: 21525), dinilai Hasan oleh al-Albani dalam al-SIlsilah al-Sahihah (3/361)|

Daripada Abu Umamah RA, Nabi SAW bersabda:

إِنَّ صَاحِبَ الشِّمَالِ لِيَرْفَعُ الْقَلَمَ سِتَّ سَاعَاتٍ عَنِ الْعَبْدِ الْمُسْلِمِ الْمُخْطِئِ أَوِ الْمُسِيءِ، فَإِنْ نَدِمَ وَاسْتَغْفَرَ اللَّهَ مِنْهَا أَلْقَاهَا، وَإِلا كُتِبَتْ وَاحِدَةً

Mafhumnya: “Sesungguhnya malaikat pencatit dosa tidak akan mencatit kesalahan yang dilakukan selama enam tempoh masa dari seorang muslim yang melakukan sesuatu kesalahan atau dosa, jika seseorang itu menyesal dari perbuatannya tersebut, kemudian beristighfar (memohon keampunan) kepada Allah dari kesalahan tadi, malaikat tadi tidak akan mencatitnya terus, jika tidak (tidak menyesal dan beristighfar) dia akan mencatit sebagai satu kesalahan.” |al-Tabrani (8/185, bil: 7765), Abu Nu’aim di dalam al-Hilyah (6/124). Al-Baihaqi di dalam Sa’ab al-Iman (5/391, bil: 7051). Hadis ini dinilai sebagai Hasan oleh al-Albani dalam al-Silsilah al-Sahihah (3/210)|

Wallahu a'lam

Tipudaya Syaitan Supaya Manusia Melakukan Syirik

 

Wednesday, December 7, 2011

عَنْ زَيْنَبَ امْرَأَةِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ الله عَنْهُ قَالَتْ: كَانَ عَبْدُ اللَّهِ إِذَا جَاءَ مِنْ حَاجَةٍ فَانْتَهَى إِلَى الْبَابِ تَنَحْنَحَ وَبَزَقَ كَرَاهِيَةَ أَنْ يَهْجُمَ مِنَّا عَلَى شَيْءٍ يَكْرَهُهُ قَالَتْ وَإِنَّهُ جَاءَ ذَاتَ يَوْمٍ فَتَنَحْنَحَ، قَالَتْ: وَعِنْدِي عَجُوزٌ تَرْقِينِي مِنْ الْحُمْرَةِ فَأَدْخَلْتُهَا تَحْتَ السَّرِيرِ فَدَخَلَ فَجَلَسَ إِلَى جَنْبِي فَرَأَى فِي عُنُقِي خَيْطًا قَالَ: مَا هَذَا الْخَيْطُ؟ قَالَتْ: قُلْتُ: خَيْطٌ أُرْقِيَ لِي فِيهِ قَالَتْ: فَأَخَذَهُ فَقَطَعَهُ ثُمَّ قَالَ: إِنَّ آلَ عَبْدِ اللَّهِ لَأَغْنِيَاءُ عَنْ الشِّرْكِ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: "إِنَّ الرُّقَى وَالتَّمَائِمَ وَالتِّوَلَةَ شِرْكٌقَالَتْ: فَقُلْتُ لَهُ: لِمَ تَقُولُ هَذَا وَقَدْ كَانَتْ عَيْنِي تَقْذِفُ فَكُنْتُ أَخْتَلِفُ إِلَى فُلَانٍ الْيَهُودِيِّ يَرْقِيهَا وَكَانَ إِذَا رَقَاهَا سَكَنَتْ، قَالَ: إِنَّمَا ذَلِكَ عَمَلُ الشَّيْطَانِ كَانَ يَنْخُسُهَا بِيَدِهِ فَإِذَا رَقَيْتِهَا كَفَّ عَنْهَا إِنَّمَا كَانَ يَكْفِيكِ أَنْ تَقُولِي كَمَا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "أَذْهِبْ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا"

Mafhumnya: Daripada Zainab isteri ‘Abdullah bin Mas’ud RA katanya: “Dahulunya ‘Abdullah apabila pulang dari menunaikan hajatnya, apabila sampai di pintu rumah dia akan berdehem dan meludah (sebagai isyarat) kerana tidak mahu dia mendapati kami dalam keadaan yang tidak disukainya. Kata Zainab: Suatu hari beliau pulang ke rumah, lalu berdehem, sedangkan bersamaku ada seorang wanita tua sedang menjampi kerana bengkak yang ada di badanku. Lalu aku menyembunyikan wanita tersebut di bawah katil, lalu beliau masuk ke dalam rumah dan duduk di sebelahku. Beliau terlihat di leherku simpulan benang, lalu bertanya: Benang apakah ini? Zainab menjawab: Benang yang dijampi untukku. Zainab bercerita: Lalu beliau mengambil dan memutuskannya dan berkata: Sesungguhnya keluarga ‘Abdullah semestinya bebas dari kesyirikan, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya tangkal dan pengasih adalah syirik. Kata Zainab lagi: lalu aku berkata kepadanya: mengapa kamu kata demikian? Sesungguhnya sebelum ini mata aku pernah mengalami kesakitan, lalu aku pergi berjumpa dengan seorang Yahudi, lalu dia menjampiku, setelah itu ia sembuh. Kata Ibn Mas’ud: Sesungguhnya demikian itu adalah perbuatan syaitan, dia yang menikam matamu dengan tangannya, apabila kamu menjampinya dia berhenti dari menikam. Sebaliknya hanya memadai, dengan engkau membaca seperti yang diajar oleh Rasulullah SAW:

أَذْهِبْ الْبَأسَ رَبَّ النَّاسِ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا

Mafhumnya: “Wahai Tuhan yang mencipta, yang memiliki dan mengatur urusan sekelian manusia, hilangkan kesakitan dan sembuhkanlah, sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Penyembuh, tiada penyembuhan melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan kesakitan lain.” (Abu Daud 3883, Ibn Majah 3530, Ibn Hibban 1412, Ahmad 1/381. Dinilah Sahih oleh al-Albani dalam al-Silsilah al-Sahihah 1/584)

Wallahu a'lam