Keras hati dari mengingati Allah

Tidak akan berhimpun kekerasan hati dengan banyak berzikir kepada Allah dalam jiwa seseorang. Allah SWT berfirman:

ِ ۚ فَوَيْلٌ لِّلْقَاسِيَةِ قُلُوبُهُم مِّن ذِكْرِ اللَّهِ ۚ أُولَٰئِكَ فِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ

"... Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya dari mengingati Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata." (Al-Zumar: 22)

- alSyeikh 'Abdul 'Aziz alTorifi -

Wallahu a'lam

Jangan kamu biarkan rezeki pada fahaman mu hanya bersifat material

Jangan kamu biarkan rezeki pada fahaman mu hanya bersifat material. Bahkan ketenangan jiwa, kecerdasan akal fikiran dan kesihatan tubuh badan adalah lebih berharga, kerana tanpanya harta tidak memiliki makna. - olahan semula dr alSyeikh Muhammad Hasan -

Wallahu a'lam

AlQuran: Pada Bahasa, Asal-Usul dan Takrifan.

Mutiara Dr Solah Abdul Fattah alKhalidi (1)

AlQuran: Pada Bahasa, Asal-Usul dan Takrifan.

Kalimah القرآن adalah kata terbitan, dr timbanhan فَعْلَان dr kata akar tiga huruf قَرْءٌ yg bermaksud "Himpunan" dan "Gabungan".

Kalam Allah dinamakan sbg Quran, kerana seseorg muslim ketika membaca satu ayat alQuran, dia menghimpunkan huruf2 dan perkataan2nya, yang dikeluarkan melalui mulutnya sbg suara yg difahami

Takrif alQuran pula ialah:

كلام الله، المنزّل، على محمّد صلّى الله عليه وسلّم.

Maksudnya: "Kalam Allah yg diturunkan ke atas Muhammad SAW."

Wallahu a'lam