SDI 0404: Doa Usir Jin Dari Rumah?

Soalan:

Assalamualaikum ustaz benarkah ini doa nabi sulaiman dan adakah doa ini boleh dibaca untuk mengusir jin dalam rumah?

Jawapan:

Antara amalan yg dianjurkan oleh Nabi SAW bagi tujuan menjauhkan jin dan syaitan dari rumah ialah dgn membaca Basmalah ketika masuk ke dalam rumah dan ketika menutup pintu dan tingkap rumah. Demikian juga membaca surah alBaqarah dapat menjauhkan syaitan. Setakat pembacaan saya kitab2 yg menghimpunkan amalan2 yg sahih dari Nabi SAW tidak menyertakan bacaan yg ditanya bagi tujuan menjauhkan jin dari rumah.

al-Imam al-Nawawi ada menyebut bacaan yang hampir sama dengan bacaan yg ditanya, di dlm Syarh Sahih Muslim. Namun Imam alNawawi tidak sebut pula Doa Usir Jin Dari Rumah.

Sebaliknya bacaan ini beliau sertakan ketika mensyarah hadis dr Nabi SAW ttg jin yang masuk ke rumah menyerupai haiwan spt ular. Lalu baginda melarang membunuh terus haiwan2 spt ular yang masuk ke dalam rumah melainkan terlebih dahulu diberi amaran kpd haiwan tersebut. Lalu Imam alNawawi menyatakan:

"Dan adapun bentuk amaran (yg boleh diberi), seperi kata alQadhi: "Ibn Habib meriwayatkan drpd Nabi SAW yg bersabda..." lalu beliau sertakan bacaan yg hampir sama spt yg ditanya. Namun sebahagian ulama mengatakan hal ini khusus untuk bumi Madinah shj.

Sekalipun demikian, bacaan ini telah dinilai Dhoief oleh alAlbani di dalam Dhoief alTarghib wa alTarhib (1769). Ia diriwayatkan oleh alBaihaqi di dalam alAdab.


Cetak  
Wallahu a'lam