SDI 0908: BASMALAH Atau TASMIAH Adalah Sama

Soalan:

Betul ker basmalah dan tasmiah ada perbezaan, dimana Basmalah merujuk kpd bacaan Bismillah. Manakala tasmiah merujuk kpd Bismillaahir rahmanir rahim?

Jawapan:

Tiada perbezaan antara Bsmalah dan Tasmiah. Perbezaan hanya dr sudut asal kalimah yg berbeza namun ia membawa maksud yg sama. Seperti org melayu sebut Gelak dan ketawa, kedua2nya merujuk kpd perkara yg sama.

Justeru; Basmalah atau Tasmiah, kedua2nya merujuk kpd bacaan بسم الله sahaja atau بسم الله الرحمن الرحيم.

Basmalah البسملة adalah kata terbitan مصدر kpd Basmala بسمل yg memaksudkan seseorg itu telah menyebut Bismillah. Ia adalah cara org Arab menyebut secara ringkas dlm berbahasa. Contoh lain:

- Hawqal حوقل ialah sebutan ringkat yg merujuk kpd bacaan لاحول ولا قوة إلا بالله

- Hailal هيلل atau Tahlil تهليل merujuk kpd sebutan لا إله إلا الله.

- Hamdal حمدل atau Tahmid تحميد merujuk kpd sebutan الحمد لله.

-Hai'al حيعل merujuk kpd حي على الصلاة

Manakala alTasmiah pula ialah kata terbitan مصدر dr kalimah سمّى (huruf mim dibaca syaddah).

Di dlm alMisbah alMunir oleh alHumawi dinyatakan: "Jika sesuatu kata perbuatan itu dr kumpulan Mu'tal alLam. Maka kata terbitannya (menurut wazan) alTaf'ilah التفعلة spt contoh: Samma سمى Tasmiah تسمية, Zakka ذكى Tazkiah تذكية dan Khalla خلى Takhliah تخلية.

Oleh itu, jika org Arab sebut:

BASMIL بَسْمِل atau Samm سَمّ

Maka kedua2nya merujuk kpd perintah membaca Bismillah بسم الله atau Bismillahir Rahmanir Rahim بسم الله الرحمن الرحيم. Tiada beza antara kedua2nya.


Cetak  
Wallahu a'lam