SDI 1210: Hukum Berzikir Tak Tutup Aurat

Soalan:

ust..adakah makruh xtutup aurat sempurna ketika berzikir atau berdoa?cth ketika diwaktu kritikal..masuk tandas,tidur,ketika ingin bersetubuh,ataupun secara spontan ketika di dalam rumah..selepas azan dan ketika ingin berbuka?

Jawapan:

Menutup aurat bukan syarat dibolehkan berzikir. Cuma boleh dikatakan keadaan yang paling baik ialah seseorang berzikir dalam keadaan yang paling sempurna sesuai dengan zikir yang dilakukannya. Inilah secara umumnya.

Namun dalam keadaan tertentu, seperti nak masuk tandas dan bilik air, ketika melakukan hubungan intim bersama pasangan dan seumpamanya, tiada sebarang halangan untuk berzikir dan berdoa dalam keadaan tersebut.


Cetak  
Wallahu a'lam