Qadha Jawab Azan

Zikir dan Doa Jumlah paparan: 720
 
Kata alSyeikh 'Abd alRahman alQasim:
 
"Disunatkan menjawab laungan tukang azan dengan ijmak ulama, dalam apa keadaan sekalipun. Sama ada dalam keadaan suci atau tidak, sekalipun dalam keadaan berjunub atau seorang wanita yang berhaid. Melainkan dalam keadaan sedang jimak dan ketika buang air. Maka dimakruhkan menjawabnya kerana tidak sesuai menyebut nama Allah di dalam tandas.
 
Berkaitan menjawab azan ini berdasarkan sabda Nabi SAW:
 
إذا سمعتم النداء فقولوا مثل ما يقول المؤذن
 
Maksudnya: "Apabila kamu semua mendengar seruan azan, maka jawablah sepertimana seruan tukang azan." Hadis riwayat alJamaah. Ada yang mengatakan perintah ini adalah bertujuan memberi hukum wajib. Sekiranya seseorang tidak dapat menjawabnya sehingga selesai azan, digalakkan kepadanya mengqadha jawapan selama tidak panjang jarak berpisahnya. (Lihat Hasyiah Ibn Qasim ke atas alRaudh alMurbi' 1/453)
 
 
Cetak
Wallahu a'lam