al-Istighfar: Menolak Bala dan Menghindari Musibah

Zikir dan Doa Jumlah paparan: 1253

AL-ISTIGHFAR: Menolak Bala dan Menghindari Musibah

Kata Abu Musa al-Asy’ari RA:

كَانَ لَنَا أَمَانَانِ، ذَهَبَ أَحَدُهُمَا، وَهُوَ كَونُ الرَّسُولِ - صلى الله عليه وسلم - فِينَا، وَبَقِيَ الاِستِغفَارُ مَعَنَا، فَإِنْ ذَهَبَ هَلَكْنَا

Maksudnya: “Dahulunya kami memiliki dua keamanan, salah satunya telah pergi iaitulah keberadaan Rasulullah SAW bersama kami. Maka tinggal satunya lagi iaitulah al-Istighfar. Jika ia tiada lagi (tidak diamalkan) maka akan binasalah kita.” (al-Taubah Ila Allah oleh al-Imam al-Ghazali, halaman: 124)

Allah SWT berfirman:

وَمَا كَانَ ٱللَّهُ لِيُعَذِّبَهُمۡ وَأَنتَ فِيهِمۡۚ وَمَا كَانَ ٱللَّهُ مُعَذِّبَهُمۡ وَهُمۡ يَسۡتَغۡفِرُونَ ٣٣

Maksudnya: “Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampu.” (al-Anfal: 33)

MAKNA AL-ISTIGHFAR

al-Istighfar membawa maksud permohonan ampun atau permohonan maaf. Seseorang yang diberi keampunan ialah seseorang yang ditutup (kesalahannya) dan tidak dizahirkan lagi dilindungi dari kesan kejahatan dosa dan tidak dikenakan balasan. Oleh itu keampunan Allah (Maghfiratullah) kepada hamba-Nya merangkumi dua perkara. Pertama: Allah menutup kesalahan hambanya. Kedua: Allah melindungi hambanya yang beristighfar dari kesan buruk dosa yang dilakukannya dan dia tidak dikenakan hukuman.

KELEBIHAN AL-ISTIGHFAR

Nabi SAW banyak beristighfar. Di dalam sebuah hadis baginda bersabda: “Dan sesungguhnya daku, benar-benar akan beristighfar kepada Allah dalam sehari (lebih) dari 100 kali.” (HR Muslim) Dalam riwayat lain memceritakan baginda beristighfar dalam semua keadaan baginda.

al-Istighfar memiliki banyak kelebihan. Antaranya kelebihan-kelebihan tersebut ialah:

 فَقُلۡتُ ٱسۡتَغۡفِرُواْ رَبَّكُمۡ إِنَّهُۥ كَانَ غَفَّارٗا ١٠ يُرۡسِلِ ٱلسَّمَآءَ عَلَيۡكُم مِّدۡرَارٗا ١١ وَيُمۡدِدۡكُم بِأَمۡوَٰلٖ وَبَنِينَ وَيَجۡعَل لَّكُمۡ جَنَّٰتٖ وَيَجۡعَل لَّكُمۡ أَنۡهَٰرٗا ١٢

Maksudnya: “maka aku katakan kepada mereka: ´Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, -sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun- Niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat. dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.” (Nuh: 10-12)

Kata Ibn Subaih: “Pernah juga seorang lelaki mengadu kepada al-Hasan tentang kemarau, beliau menjawab: “Beristighfarlah kepada Allah”. Datang orang lain pula mengadu kepadanya tentang kefakiran yang dialaminya, beliau menjawab: “beristighfarlah kepada Allah.” Datang lagi kepadanya seorang lelaki dan berkata: “Doakanlah kepada Allah supaya Dia mengurniakan anak kepadaku.” Beliau menjawab: “beristighfarlah kepada Allah.” Datang orang lain pula mengadu tentang kebunnya yang kering, beliau menjawab: “beristighfarlah kepada Allah.” Kami bertanya kepada al-Hasan tentang jawapan-jawapannya itu, beliau menjawab: “Aku tidak mengatakan sesuatu dari diriku, kerana sesungguhnya Allah SWT telah berfirman di dalam surah Nuh: “Mohonlah keampunan kepada Tuhanmu, -sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun. (11) Niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, (12) Dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.” (Nuh 10 – 12).” (Tafsir al-Qurtubi 18/301-303)

وَيَٰقَوۡمِ ٱسۡتَغۡفِرُواْ رَبَّكُمۡ ثُمَّ تُوبُوٓاْ إِلَيۡهِ يُرۡسِلِ ٱلسَّمَآءَ عَلَيۡكُم مِّدۡرَارٗا وَيَزِدۡكُمۡ قُوَّةً إِلَىٰ قُوَّتِكُمۡ وَلَا تَتَوَلَّوۡاْ مُجۡرِمِينَ ٥٢

Maksudnya: “Dan (Nabi Hud berkata): "Wahai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertobatlah kepada-Nya, niscaya Dia akan menurunkan hujan yang sangat deras atasmu, dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa" (Hud: 52)

SIGHAH AL-ISTIGHFAR

            Terdapat beberapa sighah al-istighfar yang thabit dari Nabi SAW, antaranya:

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي، فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

Mafhumnya: “Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada tuhan yang disembah melainkan Dikau yang telah menciptaku. Daku adalah hambaMu dan daku berada di atas perjanjianMu sekadar mampuku, daku berlindung dengan Mu dari kejahatan apa yang telah daku lakukan, daku mengaku kepadaMu banyaknya nikmatMu kepadaku, dan daku juga mengaku banyaknya dosaku, oleh itu ampunilah daku, kerana sesungguhnya tidak ada yang mengampunkan dosa melainkan Dikau.” Nabi seterusnya bersabda: “Sesiapa yang mengucapkan kalimat ini pada siang hari, dalam keadaan yakin dengan isi kandungannya, dia mati sebelum petang, maka dia termasuk dari kalangan ahli syurga. Sesiapa yang mengucapkan kalimat ini pada awal malam dalam keadaan yakin dengan isi kandungannya, dia mati sebelum datangnya pagi, dia termasuk dari kalangan ahli syurga.” (HR al-Bukhari)

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِيْ مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ، وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ، وَمَا أَسْرَفْتُ وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّيْ. أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ.

Mafhumnya: “Ya Allah! ampunilah daku, apa-apa (kesalahan dan dosa) yang telah aku lakukan mahupun yang akan datang, dan (ampunilah daku) apa-apa yang aku lakukan secara sembunyi dan apa-apa yang aku lakukan secara terangan, dan (ampunilah daku) apa-apa (kesalahan dan dosa) yang aku lakukan dengan menzalimi diriku, serta apa yang Engkau lebih mengetahui daripadaku, Engkau yang mendahulukan (bantuan dan taufik kepada sesiapa yang Engkau kehendaki) dan Engkau yang mengakhirkan (bantuan dan taufik kepada sesiapa yang Engkau kehendaki), tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau.” (HR Muslim)

رَبِّ اغْفِرْ لِي خَطِيئَتِي، وَجَهْلِي، وَإِسْرَافِي فِي أَمْرِي كُلِّهِ، وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي خَطَايَايَ، وَعَمْدِي، وَجَهْلِي، وَهَزْلِي، وَكُلُّ ذَلِكَ عِنْدِي، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ، وَمَا أَخَّرْتُ، وَمَا أَسْرَرْتُ، وَمَا أَعْلَنْتُ، أَنْتَ الْمُقَدِّمُ، وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ، وَأَنْتَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Mafhumnya: “Tuhanku, ampunilah kesalahanku, kejahilanku, kemelampauan dalam urusanku keseluruhannya, apa yang Engkau Lebih Mengetahui tentangnya dariku. Ya Allah ampunilah kesalahanku secara sengaja, jahil atau bermain-main dan kesemuanya sekali. Ya Allah ampunilah daku, apa-apa yang telah lalu dan akan datang, yang tersembunyi dan nyata, sesungguhnya Engkau yang Terdahulu dan Terakhir, dan Engkau Maha Berkuasa atas setiap sesuatu.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِيْ ذَنْبِيْ كُلَّهُ، دِقَّهُ وَجِلَّهُ، أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ وَ عَلَانِيَّتَهُ وَسِرَّهُ

Mafhumnya: ”Ya Allah, ampunilah untukku dosaku keseluruhannya, samada yang kecil dan yang besar, yang awal dan yang akhir dan yang jelas mahupun yang tersembunyi.” (HR Muslim)

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ، وَتُبْ عَلَيَّ، إنَّكَ أنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْم

Mafhumnya: “Tuhanku, ampunilah daku, dan berilah taubat kepadaku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat dan Maha Penyayang,” sebanyak seratus kali.” (HR al-Tirmizi, Abu Daud dan Ibn Majah)

اللّهُمَّ إنِّيْ ظَلَمْتُ نَفْسِيْ ظُلْماً كَثِيْراً، وَلَا يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إلَّا أنْتَ، فَاغْفِرْ لِيْ مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ، وَارْحَمْنِيْ إنَّكَ أنْتَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْم

Mafhumnya: “Ya Alah, sesungguhnya daku telah banyak menzalimi diriku, tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau, oleh kerana itu, ampunilah daku dengan keampunan dari sisiMu, dan rahmatilah daku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Penyayang.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

أَسْتَغْفِرُ اللهَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ، وَأَتُوبُ إِلَيْهِ

Maksudnya:  Daku memohon keampunan daripada Allah, tidak ada tuhan yang disembah melainkan Dia yang Maha Hidup dan Maha Berdiri Sendiri, daku juga bertaubat kepadaNya.” Baginda menyambung: “akan diberi keampunnan kepadanya, sekalipun dia telah dari dari peperangan.” (HR Abu Daud dan dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abi Daud 1/283, bilangan: 1343)

سُبْحَانَ اللَّهِ وبحَمْدِهِ، أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إلَيْه

Maksudnya: Maha suci Dikau ya Allah dan dengan segala pujian, daku beristighfar kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya.”  

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ، اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِيْ

Mafhumnya: “Maha Suci Mu Ya Allah Tuhan kami, dan dengan segala pujian untukMu, Ya Allah ampunilah daku.” Baginda mentakwilkan (menafsirkan) al-Quran.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Cetak
Wallahu a'lam