Bacaan Keluar Dari Masjid

  •             Keluar dari masjid dengan mendahulukan kaki sebelah kiri[1] dan membaca doa:

بِسْـمِ اللَّـهِ وَالصَّلاةُ وَالسَّلامُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ، اللَّهُمَّ إنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ، اللَّهُمَّ اعْصِمْنِي مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيم

Maksudnya: “Dengan nama Allah, selawat dan salam ke atas Rasulillah SAW. Ya Allah sesungguhnya daku memohon kepada-Mu (dikurniakan) kelebihan-kelebihan-Mu.[2] Ya Allah peliharalah daku dari syaitan yang direjam[3].”

Kata al-Tibi RH:

Maksudnya:  “Rahsia mengkhususkan (permohonan dikurniakan) rahmah ketika masuk (ke dalam masjid) dan (permohonan dikurniakan) kelebihan ketika keluar (dari masjid), iaitulah sesiapa yang masuk (ke dalam masjid) akan menyibukkan diri dengan apa-apa yang dapat menjadikan dia memperolehi pahala dan syurga. Maka sesuai permohonan rahmat. Apabila keluar (dari masjid) dia menyebukkan diri dengan perkara-perkara mendatangkan rezeki yang halal. Maka sesuai permohonan kelebihan sepertimana firman Allah Taala (setelah perintah menunaikan solat Jumaat): “Maka bertebaranlah di atas muka bumi Allah dan carilah kelebiahan-kelebihan (kurniaan) Allah.”

---------------------------------------------------- 

[1] Berdasarkan riwayat Anas bin Malik RA seperti di atas.

[2] Lihat nota kaki 18 dan 19 di atas.

[3] Tambahan bacaan: “Ya Allah peliharalah daku dari syaitan yang direjam” berdasarkan riwayat Ibn Majah. Lihat Sahih Ibn Majah 1/129.


Cetak  
Wallahu a'lam