Doa Nabawi (2)
- Soalan:
اللَّهُمَّ إنَّا نَسْألُكَ مُوجِباتِ رَحْمَتِكَ، وَعَزائِمَ مَغْفِرَتِكَ، والسَّلامَةَ مِنْ كُلِّ إثمٍ، والغَنِيمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍّ، والفَوْزَ بالجَنَّةِ، والنَّجاةَ مِنَ النَّارِ
Maksudnya: "Ya Allah! Sesungguhnya daku memohon kpdMu apa2 yg dapat memperolehi rahmatMu, keazaman2 melakukan perkara yg melayakkan memperolehi keampunanMu, keselamatan dr seluruh dosa, memperolehi kebaikan dr setiap jenisnya, berjaya memperolehi syurga dan selamat dr neraka." (HR alHakim 1/525, beliau menilainya sebagai Sahih dan alZahabi mempersetujuinya. Diriwayat juga oleh alBaihaqi di dlm alDa'awat, bil; 206. alNawawi menyertakan doa ini di dlm alAzkar halaman; 340 dan dinilai Hasan oleh pentahkiknya 'Abd alQadir alArnaouth)
Makna Kalimah
Kalimah موجبات diterjemahkan sbg "apa2 yg dapat memperolehi" ialah merujuk kpd apa2 shj yg melayakkan sipengucapnya memperolehi rahmat." Manakala عزائم adalah kalimah jamak atau plural kpd عزيمة yg diterjemahkan sbg keazaman2 yg merujuk kpd tekat di dlm hati melakukan sesuatu perkara.
Huraian
Doa ini termasuk dalam sesuatu yg dinamakan sbg Jawami' alKalim جوامع الكلم yg dikurniakan kpd Nabi SAW. Di dlmnya terdapat permohonan dikurniakan sesuatu yg dapat memperolehi rahmat Allah, terdiri dr perkataan2, perbuatan2 dan ciri2 yg mengundang rahmatNya. Setelah itu terdapat permohonan agar Allah mengurniakan keazaman melakukan kebaikan sama ada perkataan mahupun perbuatan yg menjadi sebab memperolehi keampunan Allah. Hal ini kerana seseorg insan, setelah memperolehi keampunan, tiada jaminan akan selamat dan bebas dr melakukan maksiat lain. Lalu segera dia memohon keselamatan dan pemeliharaan Allah dr setiap dosa dan kesalahan. Diikuti slpsnya pernohonan dianugerahkan dpt melakukan setiap jenis kebaikan. Setelah itu doa ini ditutup dgn permohonan termahal iaitulah dikurniakan syurga dan diselamatkan dr neraka.
*Jawami' alKalim جوامع الكلم ialah ungkapan yg dituturkan oleh Baginda SAW dgn lafaz yg ringkas dan sedikit namun mengandungi makna yg amat luas.
WA
- Wallahu a'lam