SDI 1164: Kenapa Org2 Lama Suka Gabungkan Bacaan وإلهكم إله واحد.... Dgn Ayatul Kursi

Soalan:

 

Ustaz, biasa saya dgr org2 tua sebelum baca ayat kursi slps solat maghrib mereka baca dulu:

وإلهكم إله واحد لا إله إلا هو الرحمن الرحيم

kenapa? Ada dalil ker?

Jawapan:

Saya tidak pasti kenapa dan apa dalilnya. BARANGKALI berdasarkan hadis yg ada di dlm Sunan Sa'ied bin Mansur, hadis bilangan 137 bawah bab Fadha-il alQuran drpd alMughirah bin Subai' المغيرة بن سبيع katanya:

من قرأ (عند) منامه آيات من البقرة لم ينس القرآن: (أربع) آيات من: وإلهكم إله واحد لا إله إلا هو الرحمن الرحيم، وآية الكرسي، والثلاث آيات من آخرها

Maksudnya: "Sesiapa yg membaca (ketika hendak) tidurnya beberapa ayat dr surah alBaqarah, dia tidak akan lupa (apa2 yg dihafalnya) dr ayat2 alQuran: empat ayat bermula dr وإلهكم إله واحد لا إله إلا هو الرحمن الرحيم, ayat alKursi dan tiga ayat akhir surah alBaqarah."

Pentahkik kitab ini, alSyeikh Sa'ad bin Abdillah bin Abd al'Aziz Aali Humayyid menyatakan Sanad hadis ini Sahih (1/429). Beliau juga menyatakan, alSuyuti di dlm alDurr alManthur 1/70 menyebut hadis ini berdasarkan lafaz alDarimi dan beliau menyatakan ia dr riwayat Sa'ied Ibn Mansur, alDarimi dan alBaihaqi di dlm alSyu'ab. Riwayat dr alBaihaqi sama spt riwayat yg ada di dlm Sunan Sa'ied Ibn Mansur. Namum riwayat yg ada di sisi alDarimi terdapat perbezaan lafaz. Riwayat tersebut ialah:

من قرأ عشر آيات من البقرة عند منامه لم ينس القرآن: أربع آيات من أولها، وآية الكرسي، وآيتان بعدها، وثلاث من آخرها

Maksudnya: "Sesiapa yg membaca 10 ayat dr surah alBaqarah ketika hendak tidur, dia tidak akan lupa (apa2 ayat) alQuran (yg dihafalnya): 4 ayat di awal alBaqarah, Ayatul Kursi, 2 ayat selepasnya dab 3 ayat akhir alBaqarah."

Namun yg jelas di dlm hadis ini ia dibaca sebelum tidur. Adapun selepas solat Maghrib saya tidak tahu kerana tidak menemuinya.

WA


Cetak  
Wallahu a'lam