Soalan:
Bacaan masuk tandas mana yg betul? a'uzubika minal khubuthi atau minal khubthi?
Jawapan:
Kedua2nya boleh. Saya terjemahkan di bawah ini perkataan Imam Nawawi dlm Syarah Sahih Muslim:
“Dan telah berkata al-Imam Abu Sulaiman al-Khattabi RH al-Khubuth الخُبْث dengan dhommah huruf ‘Ba’ adalah kumpulan al-Khabith, al-Khaba’ith pula ialah kata plural untuk al-Khabithah. Beliau berkata:
"ia memaksudkan syaitan jantan dan syaitan betina. Beliau berkata: “dan keumumam ulama hadis berkata الخبث adalah dengan disukunkan huruf Ba. Pandangan ini adalah satu kesilapan dan yang benar ialah dengan dibaris dhommah huruf Ba."
Inilah kenyataan al-Khattabi dan perkara yang beliau anggap satu kesilapan itu sebenarnya bukanlah satu kesilapan. Tidak benar pengingkarannya itu terhadap bolehnya dibaris sukun (huruf Ba), kerana meletakkan baris sukun pada huruf Ba adalah harus bagi meringankan sebutan sepertimana sebutan كتب ورسل وعنق وأذن dan semisalnya. Semua ini dan seumpamanya adalah boleh meletakkan baris sukun tanpa ada perbezaan pendapat di sisi ahli bahasa Arab. Ia satu bab yang terkenal dari bab-bab al-Tasrif yang tidak mungkin dilakukan pengingkaran. Barangkali juga al-Khattabi memaksudkan dengan pengingkarannya itu untuk mereka yang beranggapan asal kalimah itu adalah dibaris sukun pada huruf 'Ba'nya. Jika ini yang beliau maksudkan, maka ungkapannya adalah tidak jelas. Sesungguhnya sekumpulan ahli makrifah (pakar bahasa arab) telah menjelaskan bahawa huruf Ba untuk kalimah ini adalah dengan dibaris sukun. Antara mereka itu ialah al-Imam Abu ‘Ubaid, seorang imam dan sandaran bagi seni ilmu ini.” (Syarah alNawawi 'ala Muslim 4/71)