SDI 0621: Zikir Ya Majid 100 Kali Akan Diberi Kebahagiaan Dan Terlepas Hutang?

Zikir dan Doa Jumlah paparan: 3260
Soalan: 
 
maaf ustaz.. sy baca 1 buku asma ulhusna..dlm buku tu dia tulis kelebihan2 baca setiap asma ulhusna,cthnya, baca ya-Majid 100x akan dapat kebahagian,lepas hutang dan sekian2...soalan saya boleh ke saya beramal mcam yg dinyatakan berzikir asma husna dalam bilangan2 tertentu dengan harapan saya dapat kebaikan2 tertentu? 
 
Jawapan: 
 
1) Ada zikir yang telah ditetapkan oleh Nabi SAW untuk diamalkan dengan bilangan tertentu seperti zikir selepas solat dan zikir pagi dan petang. Maka zikir-zikir seperti ini kita amalkan mengikut bilangan yang telah ditetapkan oleh Nabi SAW. 
 
2) Ada zikir yang tidak ditetapkan bilangannya oleh Nabi SAW, sebaliknya ia dibenarkan secara mutlaq. Maka zikir yang seperti ini, jangan diamalkan dengan bilangan tertentu secara berterusan kerana ia akan membawa pelakunya seperti menyaingi syara' yang tidak menetapkan bilangan tersebut. Demikian juga ia akan membawa kepada perbuatan mereka-reka cara ibadah yang menyerupai syariat yang tidak terdapat petunjuk dari Allah dan Rasul. 
 
3) Setakat maklumat yang saya tahu, tiada penetapan bilangan zikir tersebut dengan kelebihan khusus dari Rasul SAW seperti yang puan tanyakan. 
 
4) Zikir adalah ibadah. Oleh itu ia perlu dilakukan sepertimana yang disyariatkan oleh Rasulullah SAW. Berzikir dengan hanya menyeru mana-mana nama Allah (Asmaa' Allah) seperti, Ya Majid, Ya Majid atau Ya Latif, Ya Latif atau Ya Ghafur, Ya Ghafur atau seumpamanya, tidak terdapat contoh dari Nabi SAW. Bahkan di dalam bahasa Arab ia tidak termasuk dalam ayat yang sempurna dan tidak memiliki makna yang dapat difahami kehendaknya. Sebaliknya zikir kepada Allah hendaklah dengan ayat yang dapat difahami maksud dan kehendaknya. 
 
5) Untuk bebas dari hutang ada zikir yang telah diajar oleh Nabi SAW. 
 
6) Untuk mendapat kebahagian, perlulah ditingkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT.
Cetak
Wallahu a'lam