SDI 0582: Bacaan Qunut Witir

Zikir dan Doa Jumlah paparan: 539

Soalan: 

Merujuk kpd jawapan ust di bawah... soalan saya.... bagaimana klu saya tak hafal doa qunut witir? Bolehkah saya membaca doa lain di dlm qunut?

Jawapan:

Ya, BOLEH.

Dalam bab qunut, membaca doa qunut witir dengan lafaz yang diajar oleh Nabi SAW adalah Afdhal atau lebih utama. Jika membaca lafaz doa lain atau doa yang diambil dari alQuran juga BOLEH dan mencapai maksud. Ini kerana yang dikehendaki dari pensyariatan qunut ialah berdoa.

Kata al-Imam al-Nawawi RH:

واعلم أن القنوت لا يتعين فيه دعاء على المذهب المختار ، فأي دعاء دعا به حصل القنوت ولو قنت بآية ، أو آيات من القرآن العزيز وهي مشتملة على الدعاء حصل القنوت ، ولكن الأفضل ما جاءت به السنة ..

Maksudnya: "ketahuilah bahawa qunut tidak ditetapkan dalamnya sesuatu doa berdasarkan mazhab yang terpilih. Mana-mana doa yang didoakan terhasillah qunut, sekalipun berqunut dengan doa dari satu ayat atau beberapa ayat alQuran yang agung yang mengandungi doa, maka terhasil maksud. Akan tetapi yang utama ialah apa-apa yang didatangkan oleh sunnah..." (alAzkar 50)

Cetak
Wallahu a'lam