Setiap doa pasti akan dimustajabkan oleh Allah

Doa ini tuan-tuan, satu perkara yang kita kena tahu, bila berdoa, pasti ALlah Taala terima. Cumanya penerimaan doa oleh Allah bukan semestinya seperti yang kita kehendaki.

Masalah kita ni, bila berdoa, kita hendak Allah SWT mustajabkan doa seperti yang kita kehendaki. Itu masalah sikit.

Semua doa ALlah Taala pasti terima. Cuma caranya berbeza. Barangkali ALlah Taala akan beri  seperti yang kita kehendaki. Boleh jadi juga ALlah taala gantikan atau ALlah akan tolak bala yang seumpama dengan permohonan kita. Dan cara yang ketiga, di akhirat pasti kita akan dapat apa yang kita minta. Kerana apa-apa permintaan yang kita minta, jika kita tidak mendapatnya di dunia, Allah SWT simpan permohonan itu di akhirat. Terima pasti ALlah taala terima.

Di samping doa itu kita bakal menerima apa yang kita minta, doa itu sendiri adalah ibadah. Seseorang yang berdoa kepada ALlah “Ya kurniakanlah rezeki kepada aku” dia dapat pahala. Rezeki yang diminta bakal diterima, perbuatan berdoa meminta rezeki itu pula berpahala. Sebab tu doa ini penting dan terlampau penting dan doa ini jangan buat ringan. Kita sepatutnya jadi seorang yang pandai berdoa. Setiap orang kena latih diri supaya dia pandai berdoa kepada ALlah SWT. Dia tak boleh main hafal sahaja doa berbahasa Arab tanpa faham. Sebaliknya mesti kena latih diri, dia baca al-Quran dia renung ayat, dia tengak, dia dapat sikit macamana cara berdoa. Kena latih bagaimana kita hendak merintih di hadapan ALlah SWT.


Cetak  
Wallahu a'lam