Zikir Selepas Solat 8

Zikir dan Doa Jumlah paparan: 869

Membaca Ayat al-Kursi, Surah al-Ikhlas: Qulhuwallah, Surah al-Falaq: Qul A’uzu birabbil Falaq dan Surah al-Nas: Qul A’uzu birabbinnas SEKALI.

Tidak perlu mengulang-ulangi bacaan 3 Qul sebanyak 3 kali selepas solat Subuh dan Maghrib disebabkan tidak dinyatakan baginda mengulanginya 3 kali selepas solat-solat tersebut.

Sebaliknya yang ada pengulangan bacaan 3 Qul sebanyak 3 kali, antaranya adalah untuk zikir pada waktu pagi dan petang bukan selepas solat Subuh dan Maghrib.

Inilah yang dapat diperhatikan di dalam kitab-kitab yang menghimpunkan zikir-zikir seperti tulisan Ibn al-Sunniy, al-Nawawi, Ibn Taimiyyah dan al-Munziri. Tiada seorangpun dari klangan mereka yang menyenaraikan bacaan 3 Qul dengan diulang sebanyak 3 kali sebagai zikir selepas Solat. Sebaliknya mereka menyebutnya sebagai amalan zikir siang dan malam dan zikir pada waktu pagi dan petang.

Cetak
Wallahu a'lam