Amalan Masuk Rumah Baharu

Zikir dan Doa Jumlah paparan: 516

 

Wa’alaikumussalam warahmatullah

Soalan dari Ammar Azlan yang bertanya apakah amalan ketika masuk rumah baru atau balik ke rumah setelah lama ditinggalkan?

Jawapan:

Wallahu a’lam, antara amalan jika kita masuk ke dalam rumah, antaranya dengan kita memberi salam. Demikian juga boleh diamalkan doa yang diriwayatkan di dalam hadis yang ada perbezaan pendapat di kalangan ulama tentang darjat hadis ini. Sebahagian menganggap ia lemah, akan tetapi lemah yang sedikit bukan lemah yang berat, iaitu dengan membaca:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَ الْمَوْلَجِ ، وَخَيْرَ الْمَخْرَجِ ، بِسْمِ اللَّهِ وَلَجْنَا، وَبِسْمِ اللَّهِ خَرَجْنَا، وَعَلَى اللَّهِ رَبِّنَا تَوَكَّلْنَا

Maksudnya: “Ya Allah, daku memohon kepada-Mu sebaik-baik tempat masuk dan sebaik-baik tempat keluar. Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama ALlah kami keluar, ke atas Allah tuhan kami, kami bertawakkal.”

Kita baca doa ini, setelah itu kita memberi salam, samada ada orang di dalam rumah ataupun tidak, kita boleh beri salam, berdasarkan pandangan sebahagian para ulama.

Demikian juga kita memperbanyakkan zikir ketika kita masuk ke dalam rumah, sama ada rumah kita ker, rumah yang kita baru masuk ker, rumah yang lama ditinggalkan, tak ada masalah perkara ini. Memperbanyakkan zikir ketika masuk ke dalam rumah ini merupakan satu perkara yang disuruh sehinggakan al-Imam al-Nawawi berkata:

يستحب أن يقول إذا دخل بيته  dianjurkan seseorang untuk dia, bila dia masuk ke dalam rumahnya untuk dia membaca bismillah. وأن يكثر dan memperbanyakkan zikir وأن يسلم سواء كان في البيت أدمي أم لا dan kemudian memberi salam sama ada di dalam rumah itu ada orang atau tidak ada, berdasarkan keumuman firman Allah SWT فإذَا دَخَلْتُمْ بُيُوتاً فَسَلِّمُوا على أنْفُسِكُمُ تَحِيَّةً مِنْ عِنْدِ اللَّهِ مُبَارَكَةً طَيِّبَةً surah al-Nur ayat 61.”

Itu perkataan al-Imam al-Nawawi RH. Jadi beri salam, baca doa dan memperbanyakkan zikir kepada ALlah SWT. Selain itu, jika merujuk kepada masuk rumah baharu, kita boleh baca surah al-Baqarah. Kerana di dalam hadis Nabi SAW kata, mana-mana rumah yang dibacakan surah al-Baqarah, syaitan akan lari dari rumah tersebut. Sama juga kalau rumah itu ditinggalkan, kita boleh baca surah al-Baqarah dalam rumah tersebut, bahkan rumah kita yang kita duduk itu pun kita sepatutnya memperbanyakkan bacaan surah al-Baqarah bagi menjauhkan syaitan dari rumah yang kita tinggal tersebut.

Cetak
Wallahu a'lam