Utamakan Zikir Yang Sahih Dari Nabi SAW

Waalaikumussalam warahmatullah wabarakatuh.

Soalan:

Berkaitan dengan soalan bolehkah kita baca ratib al-Attas?

Jawapan:

Wallahu a’lam.

Saya tidak ada maklumat tentang ratib al-Attas, saya tidak tahu, saya tidak pernah melihat bagaimana lafaz-lafaznya dan saya tidak tahu sedikitpun tentang ratib al-Attas.

Cuma saya nasihatkan, jika adalah di kalangan kita yang suka berzikir, suka memperbanyakkan zikir dan doa, alangkah baiknya, atau kenapa kita tidak mengamalkan zikir-zikir dan doa-doa dari Nabi SAW? Sedangkan amat banyak zikir-zikir dari Nabi SAW. Kita sayang para ulama, akan tetapi sayang kita kepada para ulama tidak boleh menandingi sayang kita kepada Nabi SAW. cinta kita kepada para ulama, tidak boleh melebihi cinta kita kepada Nabi SAW.

Bahkan sebenarnya zikir dan doa yang diajarkan oleh Nabi SAW merupakan zikir dan doa yang paling baik. perkara ini telah dinyatakan oleh Allah SWT di dalam al-Quran iaitulah ketika Allah SWT berfirman: لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة sesungguhnya untuk kamu semua itu, pada diri Rasulullah SAW terdapat contoh yang paling baik sekali. Perkara ini dinyatakan oleh Allah, Allahlah yang telah menyatakan contoh yang terbaik adalah contoh dari Nabi Muhammad SAW. kerana itu siapa yang minat berzikir, maka amalkanlah zikir yang dianjurkan oleh Nabi SAW. Jika mampu mengamalkan zikir dari Nabi SAW, setelah itu kita nak tambah lagi dengan zikir-zikir yang lain, maka ambilah dengan zikit-zikir yang lain jika lafaznya baik. Akan tetapi dahulukan zikir dari Nabi SAW. Hal ini kerana dalam zikir Nabi mengandungi akidah, ilmu, kemurniah akidah dan tauhid. Bebas dari maksud yang mengelirukan. Sesungguhnya Nabi SAW telah dikurniakan satu kelebihan yang tidak pernah dikurniakan kepada mana-mana para ulama, iaitulah Nabi SAW telah dikurniakan Jawami' al-Kalim, yang merujuk kepada baginda mampu mengucapkan lafaz yang ringkas tetapi memiliki maksud yang berbagai dan mantap. Maka sudah tentu zikir dan doa yang Nabi ajarkan lebih baik dan sempurna. 


Cetak  
Wallahu a'lam