SDI 1363: Tasbih, Tahmid dan Takbir Selepas Solat Sebanyak 10x Perlu Ditambah Dengan Tahlil?

Soalan dari En. Papa yang bertanya > Papa Grin$:

๐Ÿ”ดUstaz, zikir selepas solat

Subhanallah 10x, Alhamdulillah 10x, Allhuakbar 10x, Lepas tu ada sambung tak Allahuakabarkabirawalhamdulillahikasira hingga wahuaalakullisyaiingkodir?

Jawapan:

Tidak perlu lagi atau tidak semestinya dibaca ู„ูŽุง ุฅูู„ูŽู‡ูŽ ุฅูู„ู‘ูŽุง ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุญู’ุฏูŽู‡ุŒ ู„ูŽุง ุดูŽุฑููŠู’ูƒูŽ ู„ูŽู‡ุŒ ู„ูŽู‡ู ุงู„ู’ู…ูู„ู’ูƒู ูˆูŽู„ูŽู‡ู ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏูุŒ ูˆูŽู‡ููˆูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ูƒูู„ู‘ู ุดูŽูŠู’ุฆู ู‚ูŽุฏููŠู’ุฑ jika tasbih, tahmid dan takbir dibaca 10 kali selepas solat. Maksudnya zikir tasbih, tahmid dan takbir itu telah sempurna sebegitu.

Ada beberapa bentuk tasbih, tahmid dan takbir yang diajarkan oleh Nabi SAW untuk dibaca selepas solat. Antaranya:

Tasbih ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽ ุงู„ู„ู‡ dibaca 10 kali, Tahmid ุงูŽู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูŽู‡ dibaca 10 kali dan Takbir ุงูŽู„ู„ู‡ู ุฃูŽูƒู’ุจูŽุฑ dibaca 10 kali. Ini dah sempurna satu zikir selepas solat dari Nabi SAW. Selain itu, jika merujuk kepada tasbih, tahmid dan takbir selepas solat dari Nabi SAW, boleh juga dilakukan secara, Tasbih ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽ ุงู„ู„ู‡ dibaca 33 kali, Tahmid ุงูŽู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูŽู‡ dibaca 33 kali dan Takbir ุงูŽู„ู„ู‡ู ุฃูŽูƒู’ุจูŽุฑ dibaca 33 kali. Ini juga dikira telah sempurna satu zikir selepas solat dari Nabi SAW. Boleh juga ditambah bagi sempurnakan bilangan 100 dengan membaca: ู„ูŽุง ุฅูู„ูŽู‡ูŽ ุฅูู„ู‘ูŽุง ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุญู’ุฏูŽู‡ุŒ ู„ูŽุง ุดูŽุฑููŠู’ูƒูŽ ู„ูŽู‡ุŒ ู„ูŽู‡ู ุงู„ู’ู…ูู„ู’ูƒู ูˆูŽู„ูŽู‡ู ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏูุŒ ูˆูŽู‡ููˆูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ูƒูู„ู‘ู ุดูŽูŠู’ุฆู ู‚ูŽุฏููŠู’ุฑ. Selain bentuk tasbih, tahmid dan takbir sebegini, ada lagi bilangan lain yang juga sabit dari Nabi SAW.


Cetak  
Wallahu a'lam