SDI 0520: Baca Surah alMulk Lepas Maghrib Atau Sebelum Tidur?

Zikir dan Doa Jumlah paparan: 23706

Soalan:
Malam sebelum tidoq atau lepas magrib, baca Surah Al Mulk, Klu mati malam tu dijamin terlepas seksa Kubur, Tak saya?, Tanyalah Ustaz

Ust Kadir tolong bagi pencerahan sikit. Copy n paste dari group lain.

Jawapan:

BOLEH kedua-duanya.

Huraian ringkas:

Boleh baca surah alMulk pd bila2 masa berdasarkan keumuman hadis yang ada menyebut ttg kelebihannya. Antaranya daripd Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:

إن سُورَةً مِنْ الْقُرْآنِ ثَلَاثُونَ آيَةً ، شَفَعَتْ لِرَجُلٍ حَتَّى غُفِرَ لَهُ ، وَهِيَ سُورَةُ تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ

Maksudanya: "Sesungguhnya satu surah di dalam alQuran ada 30 ayat, ia dapat memberi sayaafaat kpd ssorg hingga diberi keampunan kpdanya, surah itu ialah Tabarakallazi biyadihil mulk." (HR alTirmizi dan katanya: "Hadis ini Hasan" dan Ahmad. Hadis ini juga dinilai Hasan oleh alAlbani di dalam Sahih Sunan alTitmizi)

Dalam hadis yang lain baginda bersabda:

سورة تبارك هي المانعة من عذاب القبر

Maksudanya: "Surah Tabarak adlah surah yang menghalang (pembacanya) dari azab kubur." (Sahih alJami' 3643)

2. Dibaca sblm tidur kerana ada hadis yang mengkhususkannya. Antaranya daripd Jabir bin Abdillah RA:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ لَا يَنَامُ حَتَّى يَقْرَأَ الم تَنْزِيلُ ، وَتَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ المُلْكُ

Maksudanya: "Bahawa Nabi SAW dahulunya tidak tidur sehinggalah (terlebih dahulu) mmbaca surah Alim Lam Mim Tanzil dan surah Tabarakallazi Biyadijil Mulk." (HR alTirmizi dan dinilai Sahih oleh alAlbani)

Boleh juga dibaca pd bila2 waaktu di malam hari berdasarkan perkataan Abdullah bin Mas'ud RA yang berkata:

من قرأ "تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ "كلَّ ليلةٍ؛ منعه اللهُ عز وجل بها من عذابِ القبرِ . وكنا في عهدِ رسولِ اللهِ نسميها المانعةَ، وإنها في كتابِ اللهِ عز وجل سورةٌ من قرأ بها في ليلةِ فقد أكثر وأطاب

Maksudanya: "sesiapa yang membaca (surah) Tabarakallazi biyadihil mulk setiap malam, Allah akan menghalang dia dengan surah tersebut dari azab kubur." Kami dahulu di zaman Nabi SAW, menamakannya sbagi alMani'ah. Dan ssungguhnya ia terdapat di dalam alQuran, satu surah yang sesiapa membacanya pd mlm hari dia telah banyak melakukam kebaikan." (Sahih alTarghib 1475)

Yang dimaksudkan di sini ialah membaca, beriman dengan kandungannya dan mengamalkan tuntutannya.

Cetak
Wallahu a'lam