SDI 1176: Bismillah Adalah Tirai Yg Menutup Penglihatan Jin Kpd Aurat Anak Adam

Zikir dan Doa Jumlah paparan: 1021

Soalan:
Dlm video ini, penceramah kata baca بسم الله، لا إله إلا هو akan menghalang penglihatan jin kepada aurat anak adam (klik utk tonton keratan video)👆🏻....rekaan atau sabit dr Nabi saw?...

Jawapan:

Setakat yg saya tahu, bacaan utk memastikan jin tak dapat melihat aurat manusia ialah بسم الله berdasarkan hadis riwayat alTirmizi:

ستر ما بين أعين الجن وعورات بني آدم، إذا دخل أحدهم الخلاء أن يقول: بسم الله

Maksudnya: "tirai yg menutup antara mata jin dan aurat anak adam apabila seseorg drpd kamu masuk ke dlm tandas ialah dgn membaca Bismillah."

Hadis ini ada perbezaan pendapat di kalangan ulama berkaitan darjatnya. Namun alAlbani menilainya sbg sahih.

Soalan:
Adakah doa sebelum masuk tandas ada kelebihan mcm ni ust.. ataupun dibaca bersama2 bismillah dan doa

Jawapan:
Boleh kedua2 cara. Iaitu boleh dibaca basmalah sahaja atau Allahumma inni A'uzubika... atau digabungkan kedua2nya basmalah dgn ta'awwudz.

Di dlm Mir'ah alMafatih 2/65 dinyatakan:

"Kata alMunawi: kata sebahagian para imam (ulama yg diikuti) dari kalangan ulama mazhab alSyafie: tidak perlu ditambah الرحمن الرحيم sebagai berpada dgn apa yg warid dan menurut apa yg zahir dr hadis. Tiada juga pertentangan antara hadis ini yg diriwayatkan dr 'Ali dgn hadis lalu yg menyebut bacaan alTa'awwudz (..a'uzubika minal khubthi..) ketika hendak masuk tandas di dlm hadis Zaid bin Arqam dan hadis Anas yg lalu pd bab awal ... dan yg menunjukkan (boleh) dihimpunkan (antara basmalah dan alTa'awwudh) ialah apa yg diriwayatkan oleh al'Umari dr hadis Anas ttg berta'awwudz (sblm masuk tandas) dgn lafaz: "jika kamu hendak masuk ke dlm tandas maka bacalah:

بسم الله، أعوذ بالله من الخبث والخبائث

kata alHafidz di dlm alFath: "Isnad hadis ini berdasarkan syarat (sahih) muslim. Dan menggabungkan (antara basmalah dgn alTa'awwudz) adalah lebih afdhal. Jika berpada dgn salah satu dr keduanya juga berhasil asal tuntutan sunnah."

Cetak
Wallahu a'lam