𝗣𝗲𝗿𝗯𝗲𝘇𝗮𝗮𝗻 𝗝𝗮𝘂𝗵 𝗔𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮 𝗜𝗯𝗻 𝗧𝗮𝗶𝗺𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 𝗥𝗛 𝗗𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮

Zikir dan Doa Jumlah paparan: 529

Kata Abu Hafs 'Umar bin 'Ali alBazzar:

"Pernah ketika bermuqim di Dimasq, daku melazimi beliau (Syeikh alIslam Ibn Taimiyyah RH) pada kebanyakan waktu siang dan malam. Beliau sering membiarkan daku menghampirinya sehingga daku dapat duduk di sebelahnya dan mendengar apa yang beliau baca dan zikirkan. Daku melihat beliau membaca dan mengulang-ulang surah alFatihah. Beliau menghabiskan seluruh waktu tersebut, daku maksudkan waktu tersebut bermula selepas Subuh sehingga matahari meninggi (masuk waktu Dhuha), beliau mengulang-ulang membaca surah alFatihah.

Daku berfikir, mengapa beliau melazimi surah alFatihah, bukan surah yang lain? Yang jelas padaku - wallahu a'lam - tujuan beliau agar dapat dihimpunkan kelebihan bacaan alFatihah pada waktu tersebut dengan kelebihan membaca apa-apa yang warid dalam hadis, dan apa yang disebut oleh para ulama: "apakah dianjurkan ketika itu mendahulukan zikir-zikir yang warid berbanding membaca alQuran atau sebaliknya?" Maka beliau berpandangan pada membaca alFatihah dan mengulang-ulangnya pada waktu itu adalah tindakan menggabungkan dua pandangan ulama, lalu memperolehi dua kelebihan. Ini termasuk dalam kekuatan kebijaksanaan dan tajamnya pemerhatian beliau." (alA'lam al'Aliyyah fi Manaqib Syeikh alIslam Ibn Taimiyyah, halaman: 38)

Cetak
Wallahu a'lam