Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh soalan yang bertanya: Pak Ustaz adakah kita digalakkan untuk kita melakukan salat hajat di masjid berjamaah untuk sadara kita seislam di Palastin atau membanyakan doa qunut nazilah berjamaah mana yang tepat?
Jawapan:
Wallahu ta 'ala a’lam, yang berdasarkan sunnah ialah kita membaca qunut nazilah dalam salat fardu berjamaah, itu yang ditunjukkan oleh Nabi sallallahu alaihi wa sallam. Ada pun melakukan salat hajat untuk membaca doa, untuk membaca qunut nazilah di dalam salat hajat, perkara itu tidak ada di dalam sunnah Nabi sallallahu alaihi wa sallam.
Bahkan para ulama mazhab Syafie juga tidak membenarkan membaca qunut nazilah di dalam salat hajat ataupun ulama mazhab Syafie memakruhkan membaca qunut nazilah di dalam salat sunat. Sebaliknya yang disyariatkan berdasarkan sunnah adalah membaca qunut nazilah di dalam salat fardu seperti yang dilakukan oleh Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam.
Selain dari itu, kita boleh baca qunut nazilah di dalam solat. Kita membaca doa yang sama yang kita baca dalam qunut nazilah. Kita baca di dalam doa dalam salat sunat, di dalam sujud, sebelum memberi salam, selepas salat dan lan-lain, ketika kita ada peluang untuk membaca doa, maka kita memperbanyakkan doa untuk umut Islam Palastin, supaya Allah menghancurkan zionis. Doa itu boleh dibaca di mana-mana tempat yang sesuai untuk dibaca doa.