SDI 0104: Hukum AIr Selusuh

Soalan:
Air Selusuh |
Salam Ustaz. Apa pandangan ustaz tentang air selusuh untuk ibu yang bakal bersalin? Bolehkah diamalkan atau lebih baik ditinggalkan?

Bin Sahak tanya: Apa yang anda maksudkan dengan air selusuh?

Yg bertanya:

Rasanya air biasa, cuma dibacakan ayat2 quran tertentu seperti surah al insyirah dan lain2 surah dan juga mungkin selawat syifa'. Tujuannya untuk memudahkan bersalin dan diminum dekat dengan waktu hendak bersalin.

Biasanya air tersebut diminta daripada ustaz2. Ada juga yang membacanya sendiri.

Jawapan:

Jika sekadar dibacakan ayat-ayat alquran, ia termasuk dalam jampi yang diharuskan.

Soalan: Apa pandangan ustaz tentang air jampi yang dibuat untuk perniagaan?

Jawapan: 
Tidak perlu diniagakan, kerana jampian adalah termasuk dalam bab doa. Seseorang yang menjampi, bermakna ia mengharapkan kesembuhan dari ALlah SWT dengan bacaan jampi yang dibacanya. Ini adalah jelas satu doa. Jika lafaz jampian tersebut terdapat permintaan kepada ALlah maka ia tergolong dalam doa talab, jika jampian tersebut berbentuk bacaan ayat al-Quran dan hadis yang tiada permintaan, ia termasuk dalam doa thana. Semuanya tidak keluar dari doa. 
 
Soalan; Apa pandangan ustaz ttg selawat "syifa"?
 

Jawapan: Selawat Ibrahimiyyah yang dibaca selepas bertahiyyat di dalam solat adalah selawat yang diajar sendiri oleh Rasulullah SAW. Ia lebih hebat berbanding segala selawat termasuk selawat syifa'. Selawat ibrahimiyyah itu adalah wahyu manakala selawat syifa' pula adalah lafaz-lafaz yang disusun oleh manusia. Apatah lagi ada isu pada lafaz dalam selawat syifa' yang boleh menimbulkan salah faham kepada sebahagian orang.

Soalan: Ustaz. Air selusuh juga merujuk air yg dibuat oleh Mak Bidan. Agak meragukan pengalaman mereka

Jawapan: Seperti yang telah saya nyatakan di awal jawapan saya ini, jika air selusuh yang dimaksudkan ialah air yang dijampi dengan ayat-ayat al-Quran, maka tidak mengapa kerana ia diharuskan, selagi yang dibaca itu sebagai jampian itu adalah ayat-ayat al-Quran, doa-doa dari hadis atau doa-doa yang difahami dan baik maksudnya. Jika inilah air seluluh yang dimaksudkan maka ia harus. Kadang-kala sebahagian orang wanita, sekalipun mereka tidak ada ilmuu yang hebat, tetapi mereka taat kepada suami, kuat menjaga maruah diri dan keluarga, menjaga lidah, memiliki hati nurani yang mulia, sehingga Allah SWT kurniakan kepada mereka kemustajaban doa. InsyaAllah.

Soalan: 

Maksud saya begini ustaz. Hasil pengalaman sebagai imam kampung dulu. Mungkin ditempat lain berbeza.

Air selusuh di kelate terutannya merujuk kepada air yg dibaca oleh mak bidan. Mak bidan ini solat seperti biasa. Namun mempunyai ritual yg amat mengelirukan. Cth selepas 40 hari waniat bersalin. Akan diadakan istiadat "PELEPAS" wanita yg bersalin degan melangkah biji tasbih besar dan mebayar 20 sen.
 
Jawapan: Jika air selusuh yang dimaksudkan seperti yang anda nyatakan, maka ia jelas menyalahi syariat.

Cetak  
Wallahu a'lam