Doa Untuk Penduduk Gaza Dan Peserta Sumud Flotilla

Zikir dan Doa Jumlah paparan: 1130

اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ بِأَسْمَائِكَ الْحُسْنَى وَصِفَاتِكَ الْعُلْيَا، أَنْ تُعِيْنَ الْمُسْتَضْعَفِينَ فِي فِلَسْطِينَ وَفِي كُلِّ مَكَانٍ. اللَّهُمَّ أَطْعِمْ أَهْلَ غَزَّةْ، وانْصُرْهُمْ نَصْرًا مُبِينًا، وَثَبِّتْ قُلُوبَهُمْ عَلَىٰ الدِّينِ وَالصَّبْرِ، اللَّهُمَّ فَرِّجْ عَنْهُمْ كُرْبَتَهُمْ، اللَّهُمَّ اشْفِ جُرْحَاهُمْ، وَفُكَّ أَسْرَاهُمْ، أَللَّهُمَّ أَنْجِ إِخْوَانَنَا الْمُشَارِكِينَ فِي أُسْطُولِ الصَّمُودِ لِكَسْرِ الْحِصَارِ عَنْ غَزَّةَ، وَاجْعَلْ عَمَلَهُمْ خَالِصًا لِوَجْهِكَ، وَاحْفَظْهُمْ وَنَجِّهِمْ مِنْ كُلِّ شَرٍّ، وَأَيِّدْهُمْ بِعَوْنِكَ، يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

اللَّهُمَّ عَلَيْكَ بِالصَّهَايِنَةِ الظَّالِمِيْن وَمَنْ نَاصَرَهُمْ، اللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهَا، وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَاجْعَلْ كَيْدَهُمْ فِْي نُحُورِهِمْ، وَأَنْزِلْ عَلَيْهِمْ بَأْسَكَ الَّذِي لَا يُرَدُّ عَنِ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ، وَصَلَّى اللهُ عَلَىٰ نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ والْحَمْدُ لله رَبِّ الْعَالَمِيْن.

Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu dengan nama-nama-Mu yang indah dan sifat-sifat-Mu yang mulia, agar Engkau menolong mereka yang tertindas di Palestin dan di setiap tempat.

Ya Allah, berilah makan kepada penduduk Gaza, dan berilah mereka kemenangan yang nyata, serta teguhkanlah hati mereka di atas agama-Mu dan kesabaran. Ya Allah, hilangkanlah kesusahan mereka. Ya Allah, sembuhkanlah orang-orang yang terluka dalam kalangan mereka, dan bebaskanlah tawanan-tawanan mereka. Ya Allah, selamatkanlah saudara-saudara kami yang menyertai armada Sumud Flotilla untuk memecahkan kepungan ke atas Gaza, jadikanlah amalan mereka ikhlas kerana-Mu, lindungilah mereka, selamatkanlah mereka daripada segala kejahatan, dan kuatkanlah mereka dengan pertolongan-Mu, wahai Tuhan sekalian alam.

Ya Allah, binasakanlah orang-orang Zionis yang zalim dan sesiapa sahaja yang membantu mereka. Ya Allah, cerai-beraikanlah kesatuan mereka, pecah-belahkanlah kumpulan mereka, jadikanlah tipu daya mereka berbalik ke atas diri mereka sendiri, dan turunkanlah kepada mereka azab-Mu yang tidak dapat ditolak daripada kaum yang zalim.

Cetak
Wallahu a'lam