SDI 1878: Berapa Banyak Selawat Diucapkan Kepada Nabi SAW Sehingga Kita Layak Dikatakan Telah Memperbanyakkan Selawat Ke Atas Baginda SAW?

Soalan: 

Ustaz kita disuruh memperbanyakkan selawat kepada Nabi SAW pada hari Jumaat. Soalan saya berapa banyak yang dikatakan memperbanyakkan selawat itu?

Jawapan: 

Sunat memperbanyakkan selawat ke atas Nabi pada hari Jumaat dan malamnya, berdasarkan hadis:

أَكْثِرُوا عَلَيَّ مِنْ الصَّلَاةِ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ ويوم الجمعة فمن صَلَّى عَلَيَّ صَلاةً صَلَّى اللّهُ عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا

“Perbanyakkanlah selawat ke atasku pada malam Jumaat dan pada hari Jumaat. Maka sesiapa yang berselawat ke atasku satu kali, Allah akan berselawat ke atasnya sebanyak sepuluh kali.” (Diriwayatkan oleh al-Bayhaqi dalam Sunannya dengan sanad yang baik sebagaimana disebut dalam al-Majmū)

Abu ālib al-Makkī dalam Qut al-Qulub 1/121 berkata:

وليكثر من الصلاة على النبي ﷺ في يوم الجمعة وليلتها وأقل ذلك أن يصلّي عليه ﷺ ثلاثمائة مرة

“Dan hendaklah memperbanyakkan selawat ke atas Nabi pada hari Jumaat dan malamnya, dan kadar paling sedikit (yang dianggap banyak) ialah berselawat ke atasnya sebanyak tiga ratus kali.”

Al-Bujayrimī berkata:

فَإِنْ قُلْتَ: مَا الْحِكْمَةُ فِي خُصُوصِيَّةِ الْإِكْثَارِ مِنْ الصَّلَاةِ عَلَيْهِ ﷺ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَلَيْلَتَهَا؟ أَجَابَ ابْنُ الْقَيِّمِ بِأَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ سَيِّدُ الْأَنَامِ وَيَوْمَ الْجُمُعَةِ سَيِّدُ الْأَيَّامِ فَلِلصَّلَاةِ عَلَيْهِ مَزِيَّةٌ لَيْسَتْ لِغَيْرِهِ، مَعَ حِكْمَةٍ أُخْرَى وَهِيَ أَنَّ كُلَّ خَيْرٍ نَالَتْهُ أُمَّتُهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ فَإِنَّمَا نَالَتْهُ عَلَى يَدِهِ ﷺ، فَجَمَعَ اللَّهُ لِأُمَّتِهِ بَيْنَ خَيْرَيْ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَأَعْظَمُ كَرَامَةٍ تَحْصُلُ لَهُمْ فَإِنَّهَا تَحْصُلُ لَهُمْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ فَإِنَّ فِيهِ بَعْثَهُمْ إلَى مَنَازِلِهِمْ وَقُصُورِهِمْ فِي الْجَنَّةِ وَهُوَ يَوْمُ الْمَزِيدِ لَهُمْ إذَا دَخَلُوا الْجَنَّةَ وَهُوَ عِيدٌ لَهُمْ فِي الدُّنْيَا وَيَوْمٌ يُسْعِفُهُمْ اللَّهُ فِيهِ بِطَلَبَاتِهِمْ وَحَوَائِجِهِمْ وَلَا يَرُدُّ سَائِلَهُمْ؛ وَهَذَا كُلُّهُ إنَّمَا عَرَفُوهُ وَحَصَلَ لَهُمْ بِسَبَبِهِ وَعَلَى يَدِهِ فَنَاسَبَ أَنْ يُكْثِرُوا مِنْ الصَّلَاةِ عَلَيْهِ فِي هَذَا الْيَوْمِ وَلَيْلَتِهِ

“Jika engkau bertanya: apakah hikmah disebalik kelebihan memperbanyakkan selawat ke atas Baginda pada hari Jumaat dan malamnya?” Ibn al-Qayyim menjawab: “Rasulullah ialah penghulu sekalian manusia, dan hari Jumaat ialah penghulu segala hari. Maka berselawat ke atasnya pada hari ini mempunyai kelebihan yang tidak dimiliki oleh hari-hari lain. Dan terdapat hikmah lain, iaitu bahawa segala kebaikan yang diperoleh oleh umatnya di dunia dan di akhirat, semuanya diperoleh melalui diri baginda . Maka Allah telah mengumpulkan bagi umatnya kebaikan dunia dan akhirat sekaligus. Dan sebesar-besar kemuliaan yang mereka peroleh ialah kemuliaan yang akan mereka dapatkan pada hari Jumaat, kerana pada hari itulah mereka akan dibangkitkan menuju tempat tinggal dan istana mereka di syurga. Hari itu juga merupakan ‘Hari Tambahan’ (Yawm al-Mazīd) bagi mereka apabila mereka telah memasuki syurga; ia adalah hari raya bagi mereka di dunia, dan hari di mana Allah memperkenankan permintaan dan hajat mereka serta tidak menolak sesiapa pun yang memohon kepada-Nya. Semua itu mereka ketahui dan peroleh disebabkan oleh Baginda dan melalui perantaraan Baginda; maka sangatlah sesuai mereka memperbanyakkan selawat ke atasnya pada hari dan malam Jumaat.” (Hasyiah al-Bujairami 2/211)

 


Cetak  
Wallahu a'lam