Tambahan Rekaan Dalam Zikir Selepas Solat

Zikir dan Doa Jumlah paparan: 866

Bacaan tambahan selepas اللَّهُمَّ أنْتَ السَّلامُ، ومِنْكَ السَّلامُ dengan:

وَإِلَيْكَ يَرْجِعُ السَّلَامُ فَحَيِّنَا رَبَّنَا بِالسَّلَامِ، وَأَدْخِلْنَا دَارَكَ السَّلَامَ

berupa tambahan dusta yang direka oleh para Qussas (penglipulara). Ramai ulama yang menilai tambahan ini sebagai dusta seumpama Ibn ‘Allan di dalam al-Futuhaat al-Rabbaniyyah 3/33. Demikian juga Abi al-Faraj bin al-Jauzi dan al-Jazariy seperti yang dinukilkan oleh al-Mubarakfuri di dalam Tuhfah al-Ahwazi 1/244 dengan katanya:

قَالَ الشَّيْخُ الْجَزَرِيُّ فِي تَصْحِيحِ الْمَصَابِيحِ: وَأَمَّا مَا يُزَادُ بَعْدَ قَوْلِهِ وَمِنْكَ السَّلَامُ وَإِلَيْكَ يَرْجِعُ السَّلَامُ فَحَيِّنَا رَبَّنَا بِالسَّلَامِ، وَأَدْخِلْنَا دَارَكَ السَّلَامَ فَلَا أَصْلَ لَهُ بَلْ مُخْتَلَقٌ مِنْ بَعْضِ الْقُصَّاصِ.

Maksudnya: “Berkata al-Syeikh al-Jazariy di dalam Tashih al-Masabih: Dan adapun apa yang ditambah selepas bacaan ومِنْكَ السَّلامُ dengan وَإِلَيْكَ يَرْجِعُ السَّلَامُ فَحَيِّنَا رَبَّنَا بِالسَّلَامِ، وَأَدْخِلْنَا دَارَكَ السَّلَامَ maka tiada asal baginya, bahkan ia suatu yang direka oleh sebahagian para Qussas.”

Demikian juga dengan lafaz:

...اللَّهُمَّ أنْتَ السَّلامُ، ومِنْكَ السَّلامُ، وَإِلَيْكَ يَعُوْدُ السَّلَام، يَا ذَا الْجَلالِ وَالإِكْرَامِ...

Terdapat di sisi al-Bazzar, باب ما يقول إذا أصبح hadis bilangan 3103. Namun dalam sanad hadis ini al-Haithami berkata di dalam Majma’ al-Zawa’id 10/118: “Diriwayatkan oleh al-Bazzar, di dalamnya (Sanadnya) terdapat seorang rawi yang bernama Daud bin ‘Abd al-Hamid. Beliau seorang yang lemah (Dhoief).”

Habib al-Rahman al-A’zhami dalam nota kaki kepada Kasyf al-Astar ‘An Zawa’id al-Bazzar berkata: “Dalam al-Asal, Daud bin ‘Abdul Hamid. Di dalam Hamisyh al-Asal padanya terdapat ‘Athiyyah juga. Beliau adalah Dhoief, bahkan Daud lebih kuat daripadanya.” 4/23.

WA

 
 
 
Cetak
Wallahu a'lam