SDI 0200: Selawat Imam Syafie & Hukum Selawat Ke Atas Nabi Bukan Dengan Lafaz Dari Nabi

Assalam ustaz..sy ada soalan berkaitan kenyataan di bawah. ar-Risalah. Ibnu Qasim al-Ghazzi menulis
selawat Imam asy-Syafi'i ini dalam
kitabnya,
Fath al-Qarib al-Mujib, kitab syarah
kepada
Matan Abi Syuja'. Soalan sy..benarkah kenyataan serta fadhilat ini drpd imam syafie atau hanya sebagai dakwaan?
Mohon ustaz jelaskan.

Jawapan:

Yer, selawat no-1 disebut oleh al-Imam al-Syafie di dlm kitabnya al-Risalah.

Selawat ke atas Nabi adlh termasuk d dlm doa kpd Allah. Justeru ia memiliki lafaz yg warid dr Nabi SAW, dan BOLEH juga dgn lafaz lain yg tidak menyalahi adab dlm berselawat. Krn itu para ulama Salaf telah menyebut berbagai bentuk selawat di dlm kitab2 mereka.

Namun, jika ditanya apakah lafaz selawat yg paling afdhal? Maka jwbnya ialah lafaz selawat yg diajar oleh Nabi SAW sendiri. Demikian juga selawat yg dibaca di dlm ibadat khusus MESTILAH berdasarkan lafaz selawat yg diajar oleh baginda sahaja.

Selain itu, bolehnya berselawat ke atas nabi dgn lafaz2 yg bukan dr Nabi ini, bukanlah bermakna ia memiliki kelebihan tertentu. Ssiapa yg mendakwa sesuatu selawat yg disusun oleh mana2 ulama mmliki kelebihan yg tertentu, bermakna dia telah mendakwa ssuatu dr Allah tanpa kebenaran. Hal sebegini tidak pernah dilakukan oleh Imam yg mulia al-Imam al-Syafie RH.

Soalan: 

Ada ustaz yang kata selawat itu ibadah, jadi xboleh direka 2 , semua selawat yang tiada sandaran nas adalah bidaah, boleh ke kata mcm ni?
 
Jawapan: 
 

Tidak betul dakwaan sedemikian. Jika tidak habis bidaah para ulama salaf yang menyebut berbagai bentuk selawat di bahagian muqaddimah tulisan-tulisan mereka, termasuk Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah RH.

 

Cetak  
Wallahu a'lam