Ambil Tahu: Qadha Jawab Azan

Kata alSyeikh 'Abd alRahman alQasim:

"Disunatkan menjawab laungan tukang azan dgn ijmak ulama, dlm apa keadaan sekalipun. Sama ada dlm keadaan suci atau tidak, sekalipun dlm keadaan berjunub atau seorg wanita yg berhaid. Melainkan dlm keadaan sedang jimak dan ketika buang air. Maka dimakruhkan menjawabnya kerana tidak sesuai menyebut nama Allah di dlm tandas.

Berkaitan menjawab azan ini berdasarkan sabda Nabi SAW:

إذا سمعتم النداء فقولوا مثل ما يقول المؤذن

Maksudnya: "Apabila kamu semua mendengar seruan azan, maka jawablah sepertimana seruan tukang azan." Hadis riwayat alJamaah.

Ada yg mengatakan perintah ini adalah bertujuan memberi hukum wajib. Sekiranya seseorg tidak dapat menjawabnya sehingga selesai azan, digalakkan kpdnya mengqadha jawapan selama tidak panjang jarak berpisahnya. (Lihat Hasyiah Ibn Qasim ke ataa alRaudh alMurbi' 1/453)


Cetak  
Wallahu a'lam