SDI 1017: Kaum Hawa Boleh Meraih Peluang Waktu Mustajab Doa Hari Jumaat?

Soalan:

Ustaz, untuk waktu antara azan Jumaat sehingga selesai solat Jumaat : Untuk meraih peluang mendapatkan waktu doa mustajab, perlukah seseorang itu sedang menunaikan solat Jumaat (dan sedang berada di masjid), ataupun memadai sahaja dengan berdoa pada ketika itu walaupun berada di mana sahaja (terutamanya utk kaum hawa)?

Jawapan:

Ya sudah tentu kaum hawa juga berpeluang meraih waktu doa mustajab pada hari Jumaat spt yg saya jelaskan dlm siri SDI 1016.

Kaum hawa yg berada di rumah boleh jadikan panduan mengetahui waktu antara imam naik ke mimbar sehingga selesai solat iaitulah dgn mendengar azan dan iqamat dr masjid.

Kerana itu sepatutnya selain azan dilaungkan ke corong luar masjid, iqamah juga dilakukan dgn cara yg sama, inilah yg dilakukan di zaman Nabi SAW, Iqamah bukan sekadar dilaungkan di dlm masjid. Jika suasana ini berlaku, maka kaum hawa dpt mengetahui antara dua waktu tersebut.

Utk waktu slps asar dan sebelum Maghrib adlh seperti yg telah sedia dimaklum sama ada melalui laungan azan atau taqwim.


Cetak  
Wallahu a'lam