SDI 1016: Bilakah Waktu Mustajab Doa Hari Jumaat?

Zikir dan Doa Jumlah paparan: 862

Soalan:

Ustaz, bilakah sebenarnya waktu mustajab doa pada hari jumaat?

Jawapan:

Ada perbezaan pendapat ulama dlm menentukan waktu mustajab doa pada hari Jumaat. Namun pandangan yg lebih kuat disokong oleh dalil ada dua, iaitulah:

1. Waktu antara azan Jumaat sehingga selesai solat Jumaat.

Dalilnya:

Hadis Abu Musa alAsy'ariy RA yg berkata: "Aku perneh mendengar Rasulullah SAW bersabda: (ttg waktu mustajab doa pada hari Jumaat) iaitulah waktu antara imam duduk (di atas mimbar) sehingga diselesaikan solat (Jumaat)." (Muslim 853)

Ramai ulama yg menyebut pandangan ini, alHafidz Ibn Hajar alAsqalani RH berkata:

"Telah berbeza pandangan para salaf pd mana satukah waktu yg paling rajih. alBaihaqi meriwayatkan drpd jalan Abi alFadhl Ahmad bin Salamah alNaisaburi bahawa (Imam) Muslim pernah berkata: "Hadis Abu Musa lebih baik dan lebih sahih dlm bab ini." Inilah juga perkataan alBaihaqi, Ibn alArabi dan sekumpulan ulama lain. Kata alQurtubi: "Ia merupakan nas dlm persoalan perbezaan pendapat, maka jgn hiraukan pandangan lainnya." Kata alNawawi: "Ianya Sahih bahkan suatu yg benar." Beliau (nawawi) juga menjazamkannya di dlm alRaudhah yg pandangan ini adalah benar. Beliau juga mentarjihkan pandangan ini adalah marfu' yg jelas, dan terdapat dlm salah satu kitab Sahih." (Fath alBari 2/421)

2. Waktu selepas Asar sehingga tenggelam matahari.

Dalinya:

Hadis Jabir bin Abdillah RA yg berkata: "telah bersabda Rasulullah SAW:

Hari Jumaat terdapat 12 masa, tidak terdapat seorg hamba muslim yg berdoa kpd Allah padanya melainkan Allah akan perkenankan permohonannya itu. Maka dapatkanlah ia pada penghujung waktu selepas Asar " (Abu Daud 1048 dan alNasaie 1389. Dinilai Sahih oleh alImam alNawawi di dlm alMajmu' 4/471 dan alAlbani di dlm Sahih Abi Daud)

Ramai juga ulama yg menyebut pandangan ini. Yg terutama ialah dua org sahabat Nabi iaitulah Abu Hurairah dan Abdullah bin Salam RA.

Kata alHafidz Ibn Hajar: "sebahagian lain dr kalangan ulama mentarjihkam pandangan Abdullah bin Salam, sptmana yg diriwayatkan oleh alTirmizi drpd Ahmad yg berkata: "kebanyakan hadis sedemikian (waktu tersebut selepas Asar)" Kata Ibn 'Abd alBarr: "Sesungguhnya ia yg lebih thabit dlm bab ini." Sa'id bin Mansur pula meriwayatkan dgn sanad yg Sahih sehingga Abi Salamah bin Abd alRahman, bahawa org ramai dr kalangan sahabat pernah berhimpun dan saling menyebut satu waktu pd hari jumaat (yg dimustajabkan doa). Setelah itu mereka berpisah dan mereka tidak berbeza pandangan bahawa waktu tersebut ialah waktu penghujung hari Jumaat (selepas Asar dan sebelum waktu Maghrib). Ramai dr kalangan imam (ulama yg diikuti) mentarjihkan pandangan ini seprti Ahmad, Ishak, ulama mazhab Malik, alTurtusi, al'Alla'ie menyatakan syeikhnya alZamlakani (syeikh ulama mazhab syafie di zamannyn) memilihnya (memilih pandangan ini), dan dia menghikayatkannya dr nas alSyafie."

Inilah dua waktu yg kuat disokong oleh dalil. Kata Imam Ahmad:

"kebanyakan hadis ttg waktu mustajab doa hari jumaat ialah selepas solat asar dan selepas tergelincir matahari (selepas azan jumaat sehingga selesai solat)." Perkataan imam ahmad ini dinukilkan oleh alTirmizi di dlm Sunan alTirmizi 2/360.

Cetak
Wallahu a'lam