SDI 1881: Bersalin Tiada Darah Nifas

Soalan:

Assalamualaikum ustaz. Saya nak tanya berkenaan seorang isteri yang lepas bersalin dan terpaksa buang rahimnya. Jadi dia dah tiada darah nifas. Jadi bilakah masa sebenar untuk dia mula solat?

Jawapan:

Tiada darah nifas, maka tiada hukum nifas. Wajib isteri tersebut mandi wajib kerana bersalin atau wiladah untuk menunaikan solat menurut kemampuan sebaik sahaja selesai bersalin.


Cetak  
Wallahu a'lam