SDI 1908: Hukum Meletakkan Semula Dua Tangan Ke Dada Ketika I'tidal

Soalan:

Selain Ibn Baz, siapakah ulama yang berpendapat disunatkan meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri ketika i’tidal? Apakah dalil hadis yang digunakan oleh pendapat ini?

Jawapan:

Mufti Saudi yang lalu, Al-Syeikh Abdullah Aziz bin Abdillah bin Baz RH tidak keseorangan dengan pendapatnya meletakkan kedua-dua tangan di dada ketika i’tidal. Isu yang ditanyakan sememangnya wujud perbezaan pendapat dalam kalangan ulama. Terdapat tiga pendapat:

Pendapat Pertama:

Disunatkan meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri selepas berdiri daripada rukuk. Ini merupakan pendapat sebahagian ulama Hanafiyyah[1]. Bahkan al-Haytami dari kalangan ulama mazhab Syafi‘e juga menyebut pandangan yang sama. Beliau ketika ditanya:

وسُئِل ابن حجر الهيتمي: هل يضعُ المصلِّي يديه حين يأتي بذِكر الاعتدال كما يضعهما بعد التحرُّم أو يرسلهما؟ (فأجاب) بقوله: الذي دلَّ عليه كلامُ النَّووي - في شرح المهذب - أنه يضع يديه في الاعتدال كما يضعهما بعد التحرُّم، وعليه جريتُ في شرحي على الإرشاد وغيره، والله سبحانه وتعالى أعلم بالصواب)

“Adakah orang yang menunaikan solat meletakkan kedua-dua tangannya ketika membaca zikir i‘tidal sebagaimana dia meletakkannya selepas takbiratul ihram, atau dia membiarkannya terlepas (di sisi)?” Lalu beliau menjawab: “Yang ditunjukkan oleh perkataan al-Nawawi dalam Syarh al-Muhadhdhab ialah bahawa orang yang solat meletakkan kedua-dua tangannya ketika i‘tidal sebagaimana dia meletakkannya selepas takbiratul ihram. Dan inilah yang aku amalkan dalam syarahku ke atas al-Irshad dan selainnya. Dan Allah سبحانه وتعالى lebih mengetahui kebenaran.” (al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra 1/139).

Selain itu, ini juga pandangan pilihan Ibn Hazm[2], Ibn Baz[3] serta Ibn ‘Uthaymin[4].

Dalil-dalil:

Pertama: Daripada sunnah

  1. Daripada Sahl bin Sa‘d al-Sa‘idi رضي الله عنه, beliau berkata:

كان النَّاسُ يؤمَرونَ أنْ يضَعَ الرَّجلُ اليدَ اليُمنى على ذراعِه اليُسرى في الصَّلاةِ، وقال أبو حازمٍ: ولا أعلَمُه إلَّا يُنمِي ذلك إلى النبيِّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم


“Manusia diperintahkan agar seseorang meletakkan tangan kanannya di atas lengan kirinya dalam solat.” Abu Hazim berkata: “Aku tidak mengetahuinya melainkan beliau menisbahkannya kepada Nabi
.” (Riwayat al-Bukhari)

  1. Daripada Anas رضي الله عنه, beliau berkata:

كان رسولُ اللهِ إذا قال: سمِعَ اللهُ لِمَن حمِدَه قام حتَّى نقولَ: إنَّه قد أوهَمَ..

“Adalah Rasulullah apabila baginda mengucapkan: Sami‘allahu liman hamidah, baginda berdiri lama sehingga kami berkata: sesungguhnya baginda telah tersalah (terlupa).”

Bentuk pendalilan: Kata-kata “telah tersalah (قد أوهَمَ) menunjukkan bahawa berdiri selepas rukuk itu menyerupai berdiri sebelum rukuk dari sudut bentuk dan keadaannya, termasuklah kedudukan tangan. Oleh sebab itu para sahabat menyangka baginda tersalah, dan jika terdapat perbezaan antara kedua-dua keadaan berdiri tersebut, nescaya mereka tidak akan menyangka sedemikian.

Kedua: Tidak sabit daripada Nabi dalam mana-mana hadis bahawa baginda membiarkan kedua-dua tangan terjuntai di sisi ketika berdiri dalam solat.[5]

Pendapat kedua:

Tidak disunatkan meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri selepas berdiri daripada rukuk. Ini merupakan mazhab jumhur ulama; daripada kalangan Hanafiyyah[6], Malikiyyah[7] dan Syafi‘iyyah[8], serta satu pendapat dalam mazhab Hanabilah[9]. Hal ini kerana tidak terdapat sebarang riwayat secara mutlak dalam hadis-hadis solat mengenainya, dan tidak dinukilkan daripada mana-mana salaf perbuatan meletakkan tangan di dada selepas bangun daripada rukuk.[10]

Pendapat ketiga:

Jika seseorang mahu, dia boleh meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri selepas berdiri daripada rukuk, dan jika mahu, dia boleh tidak melakukannya. Ini merupakan mazhab Hanabilah[11], kerana tidak terdapat dalil yang jelas sama ada mengenai menggenggam tangan atau membiarkannya terjuntai selepas bangun daripada rukuk.

 



[1]  Al-Kasani berkata:

 وأمَّا وقت الوَضْع فكلما فرَغ من التكبير في ظاهر الرواية، ورُوي عن محمد في النوادر: أنه يرسِلهما حالةَ الثناء، فإذا فرَغ منه يضع، بِناءً على أن الوضع سنَّة القيام الذي له قرار في ظاهر المذهب، وعن محمَّد: سنَّة القراءة، وأجمَعوا على أنَّه لا يُسَنُّ الوضع في القيام المتخلل بين الركوع والسجود؛ لأنَّه لا قرار له، ولا قراءة فيه، والصَّحيح جواب ظاهر الرواية؛ لقوله: ((إنا - معشرَ الأنبياء - أمرنا أن نضعَ أيماننا على شمائلنا في الصلاة)) من غير فصْل بين حال وحال، فهو على العموم إلَّا ما خصَّ بدليل، ولأنَّ القيام من أركان الصلاة، والصلاة خدمة الرب تعالى، وتعظيمٌ له، والوضع في التعظيم أبلغُ من الإرسال، كما في الشاهد، فكان أَولى) ((بدائع الصنائع)) (1/201).

“Adapun waktu meletakkan (tangan), maka setiap kali selesai daripada takbir menurut riwayat yang zahir. Dan diriwayatkan daripada Muhammad dalam al-Nawadir bahawa dia melepaskan kedua-duanya ketika membaca pujian (doa iftitah), kemudian apabila selesai daripadanya barulah dia meletakkan (tangan), berdasarkan bahawa meletakkan tangan itu adalah sunnah bagi berdiri yang mempunyai ketetapan menurut pendapat zahir mazhab. Dan daripada Muhammad juga: ia adalah sunnah bacaan. Mereka semua bersepakat bahawa tidak disunatkan meletakkan tangan dalam berdiri yang berada di antara rukuk dan sujud, kerana berdiri itu tidak mempunyai ketetapan, dan tidak ada bacaan padanya. Dan yang sahih ialah jawapan menurut riwayat zahir, berdasarkan sabda Nabi : ‘Sesungguhnya kami — golongan para nabi — diperintahkan agar meletakkan tangan kanan kami di atas tangan kiri kami dalam solat,’ tanpa membezakan antara satu keadaan dengan keadaan yang lain. Maka ia kekal atas keumuman tersebut kecuali apa yang dikhususkan dengan dalil. Dan kerana berdiri itu termasuk rukun solat, sedangkan solat itu adalah bentuk khidmat kepada Tuhan Yang Maha Tinggi dan pengagungan kepada-Nya, dan meletakkan tangan dalam pengagungan itu lebih sempurna daripada membiarkannya terlepas, sebagaimana yang dapat disaksikan. Maka ia lebih utama.” (Bada’i’ al-Sana’i’ 1/201)

Al-Tahthawi berkata:

ويضع في كلِّ قيام من الصَّلاة، ولو حُكمًا، فدخل القاعد، ولا بد في ذلك القيام أن يكون فيه ذكرٌ مسنون، وما لا فلا، كما في السراج وغيره، وقال محمد: لا يضَع حتى يشرع في القراءة، فهو عندهما سنَّة قيام فيه ذكر مشروع، وعنده سنَّة للقراءة، فيرسل عنده حالة الثناء والقنوت، وفي صلاة الجنازة، وعندهما يعتمد في الكل

“Dan dia meletakkan (tangan) dalam setiap berdiri dalam solat, walaupun secara hukum, maka termasuk juga orang yang duduk. Namun disyaratkan pada berdiri itu adanya zikir yang disunatkan; adapun yang tidak ada zikir, maka tidak (diletakkan), sebagaimana disebut dalam al-Siraj dan selainnya. Dan Muhammad berkata: dia tidak meletakkan (tangan) sehingga dia mula membaca (al-Qur’an). Maka menurut kedua-duanya, ia adalah sunnah bagi berdiri yang terdapat zikir yang disyariatkan, manakala menurut beliau (Muhammad) ia adalah sunnah bagi bacaan. Oleh itu, menurut beliau, tangan dilepaskan ketika membaca pujian (iftitah) dan qunut, serta dalam solat jenazah; manakala menurut kedua-duanya, tangan diletakkan dalam kesemuanya.” (Hasyiah al-Tahthawi, hlm. 172)

Al-‘Ayni berkata:

وقت وضْع اليدين، والأصل فيه: أنَّ كلَّ قيام فيه ذكر مسنون يعتمد فيه، أعني: اعتماد يده اليمنى على اليسرى، وما لا فلا، فيعتمد في حالة القنوت وصلاة الجنازة، ولا يعتمد في القومة عن الركوع، وبين تكبيرات العيدين الزَّوائد، وهذا هو الصحيحُ، وعند أبي علي النسفي والإمام أبي عبد الله وغيرهما: يعتمد في كل قيام، سواء كان فيه ذكر مسنون أو لا

“Waktu meletakkan kedua-dua tangan, dan asasnya ialah bahawa setiap berdiri yang terdapat zikir yang disunatkan, maka tangan diletakkan padanya, yakni meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri; dan yang tidak demikian, maka tidak. Maka tangan diletakkan ketika qunut dan solat jenazah, dan tidak diletakkan ketika berdiri selepas rukuk, serta di antara takbir-takbir tambahan solat dua hari raya. Inilah pendapat yang sahih. Dan menurut Abu ‘Ali al-Nasafi, Imam Abu ‘Abd Allah dan selain mereka: tangan diletakkan dalam setiap berdiri, sama ada terdapat zikir yang disunatkan atau tidak.” (‘Umdat al-Qari 9/22)

[2] Beliau berkata:

ويستحبُّ أن يضعَ المصلي يده اليمنى على كوع يده اليسرى في الصلاة في وقوفه كله فيها

“Disunatkan bagi orang yang solat untuk meletakkan tangan kanannya di atas pergelangan tangan kirinya dalam solat, pada seluruh waktu berdirinya di dalam solat.” (al-Muhalla 3/29)

[3] قال ابن باز: (إذا رفَع واعتدل واطمأنَّ قائمًا وضع يديه على صدره، هذا هو الأفضل، وقال بعض أهل العلم: يرسلهما، ولكن الصواب أن يضعَهما على صدره، فيضع كفَّ اليمنى على كف اليسرى على صدره، كما فعل قبل الركوع وهو قائم، هذه هي السنَّة؛ لِما ثبت عنه صلَّى اللهُ عليه وسلَّم أنه إذا كان قائمًا في الصلاة وضع كفَّه اليمنى على كفه اليسرى في الصلاة على صدره، ثبَت هذا من حديث وائل بن حُجْر، وثبت هذا أيضًا من حديث قَبيصةَ الطائيِّ عن أبيه، وثبت مرسَلًا من حديث طاوسٍ عن النبي صلَّى اللهُ عليه وسلَّم، هذا هو الأفضل). ((مجموع فتاوى ابن باز)) (11/30).

[4] قال ابن عُثَيمين: (الصوابُ: أنَّ وَضْعَ اليد اليمنى على اليسرى بعد الرفع من الركوع هو السنَّة، ودليلُ ذلك ما ثبت في صحيح البخاري عن سهل بن سعد - رضي الله عنه - قال: "كان الناسُ يؤمَرون أن يضع الرجلُ يده اليمنى على ذراعه اليسرى في الصلاة"، ووجه الدلالة من الحديث: الاستقراء والتتبُّع؛ لأننا نقول: أين توضع اليد حال السجود؟ فالجواب: على الأرض. ونقول: أين توضع حال الركوع؟ والجواب: على الركبتين. ونقول: أين توضع اليد حال الجلوس؟ والجواب: على الفخِذين، فيبقى حال القيام قبل الركوع أو بعد الركوع داخلًا في قوله رضي الله عنه: "كان الناس يؤمَرون أن يضع الرجل يده اليمنى على ذراعه اليسرى في الصلاة"، فيكون الحديث دالًّا على أن اليدَ اليمنى توضع على اليد اليسرى في القيام قبل الركوع وبعد الركوع، وهذا هو الحقُّ الذي تدلُّ عليه سنة النبي صلَّى اللهُ عليه وسلَّم). ((مجموع فتاوى ورسائل العُثَيمين)) (13/160، 161).

[5] ((فتاوى اللَّجنة الدَّائمة - المجموعة الأولى)) (6/366).

[6] ((الفتاوى الهندية)) (1/73)، وينظر: ((مجمع الأنهر)) لشيخي زاده (1/141)، ((بدائع الصنائع)) للكاساني (1/201).

[7] المالكيَّة يرون ندبَ إرسال اليدين في الصلاة عمومًا، ويكرَهون قبضها مطلقًا في الفرض. قال الدردير: («و» ندب لكل مصلٍّ مطلقًا «سدل» أي إرسال «يديه» لجَنْبيه، وكره القبض بفرض) ((الشرح الكبير)) (1/250). وينظر: ((شرح مختصر خليل)) (1/286).

[8] قال الهيتمي: ((فإذا انتصب) قائمًا أرسل يديه، وما قيل: يجعَلُهما تحت صدره كالقيام، يأتي قريبًا ردُّهـ) ((تحفة المحتاج)) (2/63). وقال الشربيني: ((فإذا انتصب) أرسل يديه، و(قال) كلٌّ مِن الإمام والمنفرد والمأموم سرًّا (ربنا لك الحمد)، أو: ربنا ولك الحمد، أو: اللهمَّ ربنا لك الحمد، أو: ولك الحمد، أو: ولك الحمد ربنا، أو: الحمدُ لربِّنا) ((مغني المحتاج)) (1/166).

[9] قال المرداويُّ: (وقال: في المذهب والإفادات والتلخيص وغيرهم: إذا انتصَب قائمًا أرسَل يديهـ) ((الإنصاف)) (2/47).

[10] ((أصل صفة صلاة النبي صلَّى اللهُ عليه وسلَّم)) للألباني (2/701).

[11] قال المرداويُّ: (قال الإمام أحمد: إذا رفَع رأسه من الركوع، إن شاء أرسَل يديه، وإن شاء وضَع يمينه على شِمالهـ) ((الإنصاف)) (2/47). وقال البهوتي: ((ثم إن شاء أرسل يديهـ) من غيرِ وضعِ إحداهما على الأخرى (وإن شاء وضَع يمينه على شِماله نصًّا)، أي: نصَّ أحمدُ على تخييره بينهما) ((كشاف القناع)) (1/348).


Cetak  
Wallahu a'lam