SDI 1922: Tentang Qadha Solat Sunat Witir

Soalan:

Macamana nak qadha solat Witir sebab tertidur selepas Tarawih?

Jawapan:

Di sisi ulama mazhab Syafi‘e, solat Witir adalah sunat. Demikian juga jika tertinggal dari melaksanakannya disunatkan qadha. Dalam Hasyiah al-Jamal 1/484 dinyatakan:

قَوْلُهُ: "لَا وِتْرَانِ فِي لَيْلَةٍ": جَاءَ عَلَى لُغَةِ مَنْ يُلْزِمُ الْمُثَنَّى الْأَلِفَ اهـ شَيْخُنَا وَهَذَا فِي الْأَدَاءِ أَمَّا فِي الْقَضَاءِ فَلَا مَانِعَ مِنْ وِتْرَيْنِ أَوْ أَكْثَرَ فِي لَيْلَةٍ اهـ ق ل عَلَى الْجَلَالِ

(Perkataannya: “Tidak ada dua witir dalam satu malam”) datang berdasarkan bahasa (lahjah) orang yang mewajibkan bentuk muthanna (dua) dengan huruf alif (yakni tetap dengan alif dalam semua keadaan i‘rab - الوتران)[1]. Tamat kata guru kami. Dan ini (tiada ddua witir pada satu malam) adalah pada konteks witir tunai (ada’)nya. Adapun dalam qada’, maka tidak ada halangan untuk melakukan dua witir atau lebih dalam satu malam.” Tamat. (Dinukil oleh Qalyubi atas al-Jalal).

Kata al-Qadhi al-Husain dalam al-Ta’liqah 2/969-970:

وبالجملة إذا حضرنا المذهب في قضاء السنن والرواتب أن نعلم أن للشافعي رحمه الله في قضاء السنن قولين: أظهرهما: وهو قوله الجديد يقضيهما كالفرائض. والثاني: إلا لصلاة الخسوفين.وعند أبي حنيفة لا يقضي إلا ركعتي الفجر إذا فاتتا مع الفرض. فإن قلنا: يقضي، قال: متى يقضي؟ فأوجه: أظهرها أبدًا كالفرائض. والثاني: ما حكاه المزني أن ركعتي الفجر تقضيان ما لم يصل الظهر، والوتر ما لم يصل الصبح لما بينا من المعنى. والثالث: يقضي ركعتا الفجر ما لم يدخل الليل، لأنهما تبعا لصلاة النهار، فلا تجعل تبعا لصلاة الليل، والوتر ما لم يدهل النهار، لأنها تبع لصلاة الليل.

“Secara umum, apabila kita membincangkan mazhab tentang qada’ solat-solat sunat dan rawatib, maka hendaklah diketahui bahawa bagi al-Shafi'e رحمه الله terdapat dua qawl tentang qada’ solat sunat: (1) Pendapat yang azhar — ialah pendapat beliau yang jadid — bahawa solat-solat sunat dan rawatib itu diqada’ (bila-bila masa) seperti solat fardu. Pendapat kedua (2): Tidak diqada’, kecuali solat dua gerhana (khusuf dan kusuf). Adapun menurut Abu Hanifah, tidak diqada’ solat sunat melainkan sunat dua rakaat fajar, jika ia terlepas bersama solat fardu Subuh. Jika kita berpegang bahawa solat-solat sunat itu diqada’: Maka timbul persoalan: Bilakah waktu qada’ itu dilakukan? Dalam mazhab Syafi‘i terdapat beberapa wajah (pendapat): (1) Pendapat yang paling zahir: Boleh diqada’ bila-bila masa, seperti solat fardu. (2) Pendapat kedua — sebagaimana diriwayatkan oleh al-Muzani: Dua rakaat fajar boleh diqada’ selagi belum solat Zuhur. Witir boleh diqada’ selagi belum solat Subuh, berdasarkan apa yang jelas dari makna kaitan waktunya (sunat subuh dikaitkan dengan waktu subuh dan witir dikaitkan waktunya yang bermula selepas isya’ dan sebelum Subuh). (3) Pendapat ketiga: Dua rakaat subuh diqada’ selagi belum masuk malam (hari berikutnya), kerana ia pengikut (tabi‘) kepada solat siang, maka tidak dijadikan pengikut kepada solat malam. Witir pula diqada’ selagi belum masuk siang, kerana ia pengikut kepada solat malam.”

Kesimpulan mazhab Syafi‘e: Berdasarkan kenyataan al-Qadhi al-Husain ini menunjukkan pandangan muktamad mazhab Syafi‘e ialah solat Witir boleh diqadha pada bila-bila masa. Dia ia diqadha dengan bilangan ganjil.

Di sini saya sertakan pandangan al-Albani dalam Jami’ Turath al-‘Allamah al-Albani Fi al-Fiqh 7/172:

قضاء الوتر يكون وترًا أم شفعًا؟ مداخلة: من فاته الوتر وأصبح الصبح، كيفية قضاء الوتر هل تكون شفعًا أم وترًا؟ الشيخ: وتر. مداخلة: وترًا كما هو؟ الشيخ: كما هو؛ لأنه قد جاء في الوتر كما جاء في الفرض: «فليصلي حين يذكره» جاء بالوتر ما جاء في الفرض، فقال صلى الله عليه وسلم: «من نسي الوتر أو نام عنه فليصله حين يذكره» كما جاء في الفرض. (فتاوى جدة (٣) /٠٠: ٣٤: ٤٥)

قضاء الوتر

مداخلة: جاء في مسند الإمام أحمد عن أبي سعيد مرفوعًا إلى النبي - ﷺ -: «من نام عن الوتر أو نسيه فليوتر إذا ذكره أو استيقظ» هذا الحديث، وحديث آخر عن قيس بن عمرو: «أنه خرج إلى الصبح فوجد النبي - ﷺ - في الصبح ولم يكن ركع ركعتي الفجر، فمر به النبي - ﷺ - فقال: ما هذه الصلاة؟ فأخبره، فسكت النبي - ﷺ - ولم يقل شيئًا» قال في الفتح الرباني بعد شرحه في الباب عن أحمد والطبراني في الأوسط عن عائشة بلفظ: «كان رسول الله - ﷺ - يصبح فيوتر» وإسناده حسن، وعن أبي الدرداء عن الحاكم والبيهقي بلفظ: «ربما رأيت النبي - ﷺ - يوتر وقد قام الناس لصلاة الصبح» صححه الحاكم، ما رأيك يا شيخ في هذا؟ الشيخ: أرى بأن الأمرين جائز، أي: من نسي الوتر أو نام عنه فكحكم الفريضة تمامًا من حيث أنه يؤمر بالإتيان به حين استيقاظه من نومه، أو حين تذكره ما كان نسي من الوتر. مداخلة: حتى لو كان الصبح قد طلع. الشيخ: نعم، إلا إذا كان يضيع [الفرض] هذا شيء ثاني.

Adakah Qada’ Witir Dilakukan Secara Ganjil atau Genap?

Penanya: Sesiapa yang terlepas witir sehingga masuk waktu Subuh, bagaimana cara mengqada’ witir? Adakah dilakukan secara genap atau ganjil? Syeikh al-Albani: Ganjil. Penanya: Ganjil sebagaimana asalnya? Syeikh: (Ya) Sebagaimana asalnya; kerana telah datang perintah tentang witir (qadha witir) sebagaimana datang dalam solat fardu: “Hendaklah dia menunaikannya apabila dia mengingatinya.” Dalam witir datang lafaz yang sama seperti dalam solat fardu. Baginda bersabda: “Sesiapa yang lupa witir atau tertidur dari menunaikannya, maka hendaklah dia menunaikannya apabila dia mengingatinya.” Sebagaimana yang datang dalam (perintah qada’) solat fardu.” (Fatawa Jeddah (3) / 00:34:45)

Qada’ Witir

Penanya: Dalam Musnad Imam Ahmad terdapat riwayat daripada Abu Sa‘id, secara marfu‘ kepada Nabi : “Sesiapa yang tertidur dari menunaikan witir atau terlupa menunaikannya, maka hendaklah dia berwitir apabila dia mengingatinya atau apabila dia terjaga.” Dan ada hadis lain daripada Qais bin ‘Amr: “Beliau keluar untuk solat Subuh dan mendapati Nabi sedang solat Subuh, sedangkan beliau belum menunaikan dua rakaat fajar. Nabi lalu berhamiran beliau dan bertanya: “Solat apakah ini?” Maka beliau memberitahu keadaan baginda, lalu Nabi diam dan tidak berkata apa-apa.” Disebut dalam al-Fath al-Rabbani, setelah menghuraikan bab ini, diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Tabarani dalam al-Awsat daripada Aisyah dengan lafaz: “Adalah Rasulullah kadang-kadang memasuki waktu pagi dalam keadaan Baginda berwitir.” Sanadnya hasan. Daripada Abu al-Darda’, diriwayatkan oleh al-Hakim dan al-Bayhaqi dengan lafaz: “Kadang-kadang aku melihat Nabi berwitir sedangkan orang ramai sudah bangun untuk solat Subuh.” Al-Hakim mensahihkannya. Apakah pandangan Syeikh tentang perkara ini?

Syeikh:
Saya berpandangan bahawa kedua-dua cara adalah harus. Maksudnya, sesiapa yang lupa witir atau tertidur daripadanya, maka hukumnya sama seperti solat fardu sepenuhnya, dari sudut bahawa dia diperintahkan menunaikannya apabila terjaga daripada tidurnya, atau apabila dia teringat apa yang dia terlupa daripada witir.

Penanya: Walaupun waktu Subuh telah masuk?

Syeikh: Ya, kecuali jika ia menyebabkan orang itu mengabaikan solat fardu (terlepas menunaikan fardhu Subuh dalam waktunya) — itu perkara lain.

 



[1] Dalam kalangan ahli bahasa ‘Arab ada yang beranggapan isim muthanna dalam semua keadaan sama ada rafa’, nasab mahupun jar, mesti dengan alif. Oleh itu I’rab bagi hadis: لا وتران في ليلة ialah: لا: nafiah lil jins. وتران  adalah isim kepada la nafiah lil jins, mabni ‘alal alif fi mahal nasbin. في ليلة adalah khabar.


Cetak  
Wallahu a'lam