SDI 1926: Tidak Boleh Minta Orang Yang Datang Awal Bangun Dari Tempat Duduknya Di Dalam Masjid, Hanya Atas Alasan Tempat Kita

Soalan:

Assalamualaikum ustaz. di media sosial byk jemaah wanita mengadu mcm ni. bila sy tanya kenalan2 wanita saya mmg mereka akui benda ni selalu terjadi di kalangan mereka. rupanya bukan seorg dua yg suka anggap satu2 tempat dlm masjid tu adalah tempat mereka dan mereka tak bagi org lain ambil tempat tu bila mereka ada, walaupun mereka dtg lewat. apakah nasihat ustaz utk org yg bersikap sebegini? atau mmg mereka ada hak utk berbuat sedemikian?

Jawapan:

Tidak boleh seseorang yang baru datang ke dalam sesuatu majlis, kemudian dia arahkan orang lain bangun lalu dia mengambil tempat orang tersebut. Perbuatan ini jelas dilarang oleh Nabi saw dalam hadith:

لا يقيم الرجلُ الرجلَ من مجلسه ثم يجلس فيه

Maksudnya: “Jangan seorang lelaki membangunkan seorang lelaki yang lain dalam majlisnya, lalu dia duduk ditempat lelaki tersebut.” (al-Bukhari)

Dalam hadith Ibn ‘Umar, beliau berkata:

نهى النبي صلى الله عليه وسلم أن يقيم الرجل أخاه من مقعده ويجلس فيه . قلت لنافع : الجمعة ؟ قال : الجمعة وغيرها

Maksudnya: “Nabi saw melarang seorang lelaki membangunkan saudaranya dari tempat duduknya, lalu dia duduk di situ.” Aku (Ibn Juraij) bertanya kepada Nafi’: “(larangan itu) ketika solat Jumaat?” Jawab Nafi’: “Ketika solat Jumaat dan selainnya.” (al-Bukhari).


Cetak  
Wallahu a'lam