Kaedah 37
فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ
(Maka beristiqamahlah sebagaimana engkau diperintahkan) (Surah Hud: 112)
Ini merupakan satu kaedah al-Quran yang agung yang mengandungi kata-kata yang padat maknanya dan menjadi salah satu asas besar dalam wasiat-wasiat al-Quran.
Kaedah al-Quran yang kukuh ini datang dalam Surah Hud, iaitu surah yang sangat besar maknanya. Dalam surah ini Allah menjelaskan jalan kebenaran dan jalan kebatilan, kemudian disebutkan juga kesudahan kedua-dua golongan tersebut, serta dipaparkan contoh-contoh sejarah daripada kisah para rasul bersama kaum mereka.
Setelah menyebut kisah-kisah tersebut, Allah menutupnya dengan firman-Nya:
ذَلِكَ مِنْ أَنْبَاءِ الْقُرَى نَقُصُّهُ عَلَيْكَ مِنْهَا قَائِمُ وَحَصِيدٌ وَمَا ظَلَمْنَهُمْ وَلَكِن ظَلَمُوا أَنفُسَهُمْ فَمَا أَغْنَتْ عَنْهُمْ ءَالهَتُهُمُ الَّتِي يَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ مِن شَيْءٍ لَمَّا جَاءَ أَمْرُ رَبِّكَ وَمَا زَادُوهُمْ غَيْرَ تَنْبِيبٍ ... إلى قوله : وَإِنَّ كُلَّا لَمَّا لَيُوَفِّيَنَّهُمْ رَبُّكَ أَعْمَالَهُمْ إِنَّهُ بِمَا يَعْمَلُونَ خَبِيرٌ فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطْغَوْا إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
“Itulah sebahagian daripada khabar negeri-negeri yang Kami ceritakan kepadamu. Sebahagiannya masih wujud dan sebahagiannya telah musnah. Kami tidak menzalimi mereka, tetapi merekalah yang menzalimi diri mereka sendiri. Maka tidak berguna bagi mereka sembahan-sembahan yang mereka seru selain Allah sedikit pun ketika datangnya perintah Tuhanmu. Sembahan-sembahan itu tidak menambah apa-apa kepada mereka selain kebinasaan… sehingga firman-Nya: Sesungguhnya Tuhanmu pasti akan menyempurnakan balasan kepada setiap orang atas amalan mereka. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan. Maka beristiqamahlah sebagaimana engkau diperintahkan, dan juga orang yang bertaubat bersamamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu lakukan.” (Surah Hud: 101–112)
Saya pernah meluangkan masa meneliti surah ini, cuba memahami tujuan utamanya. Maka tampak kepada saya — والله أعلم — bahawa keseluruhan surah ini berkisar sekitar satu ayat yang boleh dianggap sebagai: العمود الفقري “tulang belakang” surah ini, jika ungkapan itu boleh digunakan, iaitu firman Allah:
فَلَعَلَّكَ تَارِكُ بَعْضَ مَا يُوحَى إِلَيْكَ وَضَابِقٌ بِهِ ، صَدْرُكَ أَن يَقُولُوا لَوْلَا أُنزِلَ عَلَيْهِ كَنزٌ أَوْ جَاءَ مَعَهُ مَلَكُ إِنَّمَا أَنتَ نَذِيرٌ وَاللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ وَكِيلُ
“Maka barangkali engkau akan meninggalkan sebahagian daripada apa yang diwahyukan kepadamu dan terasa sempit dadamu kerana mereka berkata: Mengapa tidak diturunkan kepadanya harta atau datang bersama dengannya malaikat? Sesungguhnya engkau hanyalah seorang pemberi peringatan, dan Allah adalah Pemelihara atas segala sesuatu.” (Surah Hud: 12)
Seolah-olah apa yang datang sebelum ayat ini dan selepasnya hingga akhir surah kembali kepada makna ayat tersebut.
Banyaknya Seruan Kepada Nabi SAW Dalam Surah Ini
Sesiapa yang meneliti Surah Hud akan mendapati banyak sekali khitab (seruan) yang ditujukan kepada Nabi SAW, sama ada secara langsung dengan kata ganti diri atau secara tidak langsung. Antara yang paling jelas ialah ayat yang menjadi asas kaedah ini:
فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطْغَوْا إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
“Maka beristiqamahlah sebagaimana engkau diperintahkan, dan juga orang yang bertaubat bersamamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu lakukan.”
Makna Istiqamah
Apakah hakikat istiqamah?
Kata-kata para salaf daripada kalangan sahabat dan generasi selepas mereka pada asasnya berkisar pada satu makna umum, iaitu:
هي سلوك الصراط المستقيم، وهو الدين القيم من غير تعريج عنه يمنةً ولا يسرةً، ويشمل ذلك فعل الطاعات كلها، الظاهرة والباطنة، وترك المنهيات كُلها كذلك، فصارت هذه الوصية جامعة الخصال الدين كلها
Istiqamah ialah menempuh jalan yang lurus (al-sirat al-mustaqim), iaitu agama yang benar, tanpa menyimpang daripadanya ke kanan atau ke kiri. Istiqamah merangkumi: Melaksanakan semua ketaatan, sama ada zahir atau batin. Meninggalkan semua larangan Allah. Dengan itu, perintah istiqamah ini sebenarnya merangkumi seluruh ajaran agama. (Ibn Rajab, Jami‘ al-‘Ulum wa al-Hikam, syarah hadis ke-21 – hadis Sufyan bin ‘Abdullah)
Mengapa Diperintahkan Istiqamah?
Adapun rahsia mengapa Nabi SAW dan para pengikutnya diperintahkan supaya istiqamah, penjelasannya sangat panjang. Namun antara yang paling jelas ialah, supaya manusia menyedari bahawa matlamat terbesar syaitan terhadap manusia ialah menyesatkan mereka daripada jalan istiqamah. Bukankah musuh Allah (Iblis) telah berkata seperti yang dirakamkan olah Allah SWT:
فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ
“Disebabkan Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku akan duduk menghalangi mereka di jalan-Mu yang lurus.” (Surah al-A‘raf: 16)
Oleh sebab itulah kita diperintahkan membaca dalam solat sekurang-kurangnya 17 kali sehari:
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
“Bimbinglah kami ke jalan yang lurus.” (Surah al-Fatihah: 6)
Oleh itu ya Allah, tunjukilah kami jalan yang lurus, dan tetapkanlah kami di atasnya wahai Tuhan sekalian alam.”
Pemerhatian Kedua Bersama Kaedah Ini
Perintah kepada Nabi SAW supaya beristiqamah sebenarnya merupakan perintah supaya terus teguh dan kekal di atas istiqamah.
Adapun bagi selain baginda, ia adalah perintah untuk beristiqamah dan juga untuk terus kekal di atasnya. Ibn ‘Atiyyah رحمه الله berkata:
أَمْرُ النبي ﷺ بالاستقامة - وهو عليها - إنما هو أمر بالدوام والثبوت، وهذا كما تأمر إنسانًا بالمشي والأكل ونحوه، وهو ملتبس به
“Perintah kepada Nabi SAW supaya beristiqamah — sedangkan baginda memang sudah berada di atas istiqamah — sebenarnya ialah perintah supaya terus kekal dan teguh di atasnya. Hal ini seperti seseorang menyuruh orang lain berjalan atau makan sedangkan dia memang sedang berjalan atau makan.” (al-Muharrar al-Wajiz, 3/225)
Penjelasan Ibn ‘Atiyyah ini semakin jelas apabila kita mengingat kembali bahawa kita sentiasa mengulang doa dalam Surah al-Fatihah: اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ “Tunjukilah kami jalan yang lurus.”
Al-Quran Banyak Menyebut Prinsip Ini
Perkara ini menunjukkan bahawa al-Quran dipenuhi dengan perintah supaya berpegang kepada prinsip agung ini, atau pujian terhadap orang-orang yang beristiqamah, dalam pelbagai tempat dan dengan pelbagai gaya ungkapan.
Antaranya:
1 – Dalam Surah al-Syura
Surah ini menyebut tentang syariat para nabi terdahulu dan kesepakatan mereka dalam beberapa asas agama. Allah Ta‘ala berfirman:
شَرَعَ لَكُم مِّنَ الدِّينِ مَا وَصَّى بِهِ نُوحًا وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ وَمَا وَصَّيْنَا بِهِ إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَى وَعِيسَى أَنْ أَقِيمُوا الدِّينَ وَلَا تَتَفَرَّقُوا فِيهِ ...
“Dia telah mensyariatkan bagi kamu daripada agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh, dan yang Kami wahyukan kepadamu, dan apa yang Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa, iaitu: tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah dalamnya…”
Sehinggalah kepada firman Allah:
فَلِذَلِكَ فَادْعُ وَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ
“Maka kerana itu, serulah (manusia) dan beristiqamahlah sebagaimana engkau diperintahkan, dan janganlah engkau mengikuti hawa nafsu mereka.” (Surah al-Syura: 13–15)
2 – Perintah Kepada Para Nabi
Allah juga memerintahkan prinsip istiqamah ini kepada beberapa nabi dan rasul.
Antaranya firman Allah kepada Nabi Musa dan Nabi Harun عليهما السلام:
قَالَ قَدْ أُجِيبَت دَعْوَتُكُمَا فَاسْتَقِيمَا وَلَا تَتَّبِعَانِ سَبِيلَ الَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ
“Allah berfirman: Sesungguhnya doa kamu berdua telah diperkenankan, maka beristiqamahlah kamu berdua dan janganlah kamu mengikuti jalan orang-orang yang tidak mengetahui.” (Surah Yunus: 89)
Bahkan Allah menyebut istiqamah sebagai nikmat yang diberikan kepada para nabi dan rasul. Ketika Allah menyebut sejumlah besar para rasul dalam Surah al-An‘am, Dia berfirman:
وَمِنْ ءَابَابِهِمْ وَذُرِّيَّاتِهِمْ وَإِخْوَانِهِمْ وَاجْتَبَيْنَهُمْ وَهَدَيْنَاهُمْ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ، ذَلِكَ هُدَى اللَّهِ يَهْدِي بِهِ مَن يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ.
“Dan daripada nenek moyang mereka, keturunan mereka dan saudara-saudara mereka, Kami telah memilih mereka dan memberi petunjuk kepada mereka ke jalan yang lurus. Itulah petunjuk Allah yang dengannya Dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki daripada hamba-hamba-Nya.” (Surah al-An‘am: 87–88)
3. Di awal Surah Fussilat terdapat satu isyarat penting dalam meneguhkan makna kaedah ini. Allah Ta‘ala berfirman kepada Nabi-Nya:
قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يُوحَى إِلَيّ أَنَّمَا إِلَهُكُمْ إِلَهُ وَاحِدٌ فَاسْتَقِيمُوا إِلَيْهِ وَاسْتَغْفِرُوهُ وَوَيْلٌ لِلْمُشْرِكِينَ ...
“Katakanlah: Sesungguhnya aku hanyalah manusia seperti kamu; diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Esa. Maka beristiqamahlah kepada-Nya dan mohonlah keampunan daripada-Nya. Dan kecelakaanlah bagi orang-orang musyrik.” (Surah Fussilat: 6)
Dalam surah yang sama juga, Allah memberikan khabar gembira kepada hamba-hamba-Nya yang beristiqamah di atas agama-Nya dengan seagung-agung khabar gembira yang diidamkan oleh jiwa manusia. Allah berfirman:
إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنتُمْ تُوعَدُونَ
“Sesungguhnya orang-orang yang berkata: ‘Tuhan kami ialah Allah’, kemudian mereka beristiqamah, maka turun kepada mereka para malaikat (dengan berkata): Janganlah kamu takut dan janganlah kamu bersedih hati, dan bergembiralah dengan syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.” (Surah Fussilat: 30)
Menyenaraikan semua ayat yang berkaitan dengan istiqamah — sama ada secara langsung atau secara makna — bukanlah tujuan kita di sini. Tujuan disebutkan ayat-ayat ini hanyalah untuk memberi peringatan tentang kepentingannya.
Perhatian Ketiga Bersama Kaedah Ini
Sesiapa yang merenungi perintah Allah kepada Nabi SAW ini akan menyedari betapa besar dan beratnya perkara ini — iaitu istiqamah dan teguh di atas agama. Bagaimana tidak, sedangkan perkara inilah yang telah merisaukan para salihin?
Al-Bayhaqi meriwayatkan dalam Syu‘ab al-Iman daripada Abu ‘Abd al-Rahman al-Sulami (أبي عبد الرحمن السلمي) bahawa beliau berkata:
سمعت أَبَا عَلِيٍّ السَّرِيَّ يقول: رأيت النبي ﷺ في المنام ! فقلت: يا رسول الله! روي عنك أنك قلت: «شيبتني هود»؟ فقال: «نعم» فقلت له: ما الذي شيبك منها؟ قصص الأنبياء صلى الله وهلاك الأمم ؟! فقال: «لا، ولكن قوله : فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ
Aku mendengar Abu ‘Ali al-Sarri berkata: “Aku pernah melihat Nabi SAW dalam mimpi. Lalu aku berkata: Wahai Rasulullah! Telah diriwayatkan daripada engkau bahawa engkau bersabda: ‘Surah Hud telah membuatkan aku beruban.’ Baginda menjawab: ‘Ya.’ Aku bertanya: Apakah yang menyebabkan engkau beruban daripadanya? Adakah kisah para nabi dan kebinasaan umat-umat terdahulu? Baginda menjawab: ‘Tidak, tetapi firman Allah: “Beristiqamahlah sebagaimana engkau diperintahkan.” (Syu‘ab al-Iman, al-Bayhaqi, 4/82)
Perlu diketahui bahawa mimpi ini — sebagaimana yang maklum — tidak boleh dijadikan sandaran dalam menetapkan hukum syarak, atau dalam menentukan kesahihan atau kelemahan sesuatu hadis.
Termasuk dalam hal ini hadis yang masyhur:
شَيَّبَتْنِي هُودٌ وَأَخَوَاتُهَا
“Surah Hud dan surah-surah seumpamanya telah membuatkan aku beruban.”[1]
Hadis ini mempunyai sanad yang tidak stabil (مضطرب الإسناد), sebagaimana dijelaskan oleh beberapa ulama hadis seperti al-Tirmizi, al-Daraqutni dan Ibn Hajar رحمه الله. Tujuan disebutkan mimpi ini hanyalah sebagai penguat makna, bagi menggambarkan betapa besarnya kedudukan perintah istiqamah dalam jiwa Nabi SAW.
Pemerhatian Keempat Bersama Kaedah Ini
Sesungguhnya manusia, walau setinggi mana pun darjat takwa dan imannya, tetap sangat memerlukan peringatan yang dapat meneguhkannya dan menambah istiqamahnya. Jika ada manusia yang tidak memerlukan peringatan seperti itu, maka tentulah Nabi kita SAW adalah orang yang paling layak untuk tidak memerlukannya.
Namun demikian, Ibn Taymiyyah رحمه الله berkata:
وإنما غاية الكرامة لزوم الاستقامة، فلم يكرم الله عبدا بمثل أن يعينه على ما يحبه ويرضاه، ويزيده مما يقربه إليه ويرفع به درجته
“Sesungguhnya kemuliaan yang paling tinggi ialah berpegang teguh dengan istiqamah. Allah tidak memuliakan seorang hamba dengan sesuatu yang lebih besar daripada menolongnya untuk melakukan perkara yang Allah cintai dan redai, serta menambahkannya dengan amalan-amalan yang mendekatkannya kepada Allah dan meninggikan darjatnya.” (Majmu‘ al-Fatawa, 11/298)
Pemerhatian Kelima Bersama Kaedah Ini
Seorang mukmin hendaklah mengetahui bahawa darjat istiqamah yang paling tinggi ialah istiqamah hati. Apabila hati istiqamah, maka ia pasti memberi kesan kepada seluruh anggota badan. Ibn Rajab رحمه الله berkata:
فأصل الاستقامة استقامة القلب على التوحيد، كما فسر أبو بكر الصديق وغيره قولَه : وَإِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا بأنهم لم يلتفتوا إلى غيره، فمتى استقام القلب - على معرفة الله، وعلى خشيته، وإجلاله، ومهابته ومحبته، وإرادته، ورجائه ودعائه، والتوكل عليه، والإعراض عما سواه - استقامت الجوارح كلُّها على طاعته، فإنَّ القلب هو ملك الأعضاء، وهي جنوده، فإذا استقام الملك، استقامت جنوده ورعاياه
“Asal istiqamah ialah istiqamah hati di atas tauhid. Sebagaimana yang ditafsirkan oleh Abu Bakar al-Siddiq dan selainnya terhadap firman Allah: ‘Sesungguhnya orang-orang yang berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka beristiqamah…’ Mereka menafsirkannya dengan makna: mereka tidak berpaling kepada selain Allah. Apabila hati telah istiqamah — dengan mengenal Allah, takut kepada-Nya, mengagungkan-Nya, memuliakan-Nya, mencintai-Nya, mengharap kepada-Nya, berdoa kepada-Nya, bertawakkal kepada-Nya dan berpaling daripada selain-Nya — maka seluruh anggota badan akan istiqamah dalam ketaatan kepada-Nya. Ini kerana hati ialah raja bagi seluruh anggota badan, dan anggota badan adalah tenteranya. Jika raja itu baik, maka tenteranya juga akan baik.”
Beliau juga menambah:
وأعظم ما يُراعى استقامته - بعد القلبِ مِنَ الجوارح - : اللسان . فإنَّه ترجمان القلب والمعبر عنه
“Anggota badan yang paling perlu dijaga istiqamahnya selepas hati ialah lidah, kerana ia adalah penterjemah hati dan penyampai apa yang ada di dalamnya.” (Jami‘ al-‘Ulum wa al-Hikam, syarah hadis ke-21 – hadis Sufyan bin ‘Abdullah)
Sesiapa yang istiqamah di atas jalan ini akan memperoleh kebahagiaan dunia dan akhirat, serta perjalanannya akan lurus di atas titian sirat pada hari kiamat.
Sesiapa yang menyimpang daripadanya pula akan termasuk dalam salah satu daripada dua golongan:
- Golongan yang dimurkai – iaitu mereka yang mengetahui jalan kebenaran tetapi tidak mengikutinya, seperti orang Yahudi.
- Golongan yang sesat – iaitu mereka yang tidak mengetahui jalan kebenaran, seperti orang Nasrani dan golongan musyrikin yang seumpama mereka.
Kita memohon kepada Allah Ta‘ala agar Dia menunjuki kita kepada jalan-Nya yang lurus, menjadikan kita daripada golongan yang istiqamah zahir dan batin dalam perkara yang Dia cintai dan redai, serta meneguhkan kita di atas Islam dan sunnah sehingga kita bertemu dengan-Nya.
[1] Diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan selainnya, hadis no. 3297. Lihat juga: al-‘Ilal oleh Ibn Abi Hatim (no. 1826). Dr. Sa‘id al-Raqib al-Ghamidi juga menulis kajian terperinci tentang sanad dan kecacatan hadis ini yang diterbitkan di laman Multaqa Ahl al-Hadith
