Soalan:
Apa hukum main bunga api dalam Islam? Sama ada pada hari raya atau majlis perkahwinan?
Jawapan:
Para ulama semasa berbeza pandangan mengenai hukum bermain mercun dan bunga api sempena perkara-perkara yang asalnya harus. Sebahagian mereka berpendapat haram secara mutlak, manakala sebahagian yang lain membenarkannya dengan syarat-syarat tertentu.
Pandangan Ulama Yang Melarang
Antara ulama yang berpendapat haram bermain bunga api dan murcun ialah al-Syeikh Muhammad bin Salih al-Uthaymin. Beliau pernah ditanya tentang hukum menjual, membeli dan menggunakan mercun yang dikenali sebagai الطرطعان .
Beliau menjawab:
الحمد لله رب العالمين وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين . الذي أرى أن بيعها وشراءها حرام ، وذلك لوجهين :
الوجه الأول : أنها إضاعة للمال ، وإضاعة المال محرمة ، لنهي النبي صلى الله عليه وسلم عن ذلك .
والثاني : أن فيها أذية للناس بأصواتها المزعجة ، وربما يحدث منها حرائق إذا وقعت على شيء قابل للاحتراق، وهي حية لم تطفأ، فمن أجل هذين الوجهين نرى أنها حرام ، وأنه لا يجوز بيعها ولا شراؤها
“Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda. Pada pandangan saya, menjual dan membelinya adalah haram, kerana dua sebab: Pertama: Ia merupakan pembaziran harta, sedangkan pembaziran harta adalah haram kerana Nabi SAW melarangnya. Kedua: Ia menyakiti manusia dengan bunyinya yang mengganggu, dan mungkin menyebabkan kebakaran jika jatuh pada sesuatu yang mudah terbakar ketika ia masih menyala. Oleh sebab dua perkara ini, kami berpandangan bahawa ia haram dan tidak harus menjual atau membelinya.” (Tamat petikan dari Majmu’ al-Fatawa li Fadhilah al-Shaykh Muhammad bin Salih al-Uthaymin, diterbitkan oleh Markaz al-Da‘wah wa al-Irshad di ‘Unaizah (3/3), bertarikh 5/10/1413H)
Pandangan ini memiliki asas dalam kitab ulama Hanbali. Dalam karya Sharh Muntaha al-Iradat (2/172) disebut bahawa antara syarat seseorang dianggap bijak mengurus harta ialah:
أن يحفظ كل ما في يده عن صرفه فيما لا فائدة فيه، كحرق نفطٍ يشتريه للتفرج عليه ، ونحوه
“Dia menjaga semua harta di tangannya daripada dibelanjakan pada perkara yang tiada manfaat, seperti membakar minyak yang dibelinya hanya untuk ditonton dan seumpamanya.”
Pandangan Ulama Yang Membenarkan Dengan Syarat
Antara ulama yang membenarkan bermain mercun dan bunga api dengan syarat ialah al-Syeikh Sulaiman al-Majid. Beliau berkata:
الألعاب النارية هي شأنها شأن أي شيء آخر يكون فيه أضرار، وقد يكون فيه بعض المنافع، ولكن أنبِّه في هذا الأمر إلى شيئين :
أولاً : الحذر الشديد من أذية المسلمين عن طريق هذه الأصوات .
الأمر الثاني : الحذر من أذية الإنسان لنفسه، فيكون الطفل إذا لعب بمثل هذه الألعاب أن يكون بمحضر ولي أمره وقربه حتى لا يؤذي الآخرين .
الأمر الثالث هو : ألا تتسبب مثل هذه الألعاب إلى شيء من الحرائق، وأن يكون هذا في الأماكن المكشوفة - في البر مثلاً - أو في أماكن مكشوفة، لا يكون فيها تأثير على الناس في ممتلكاتهم، ولا في إزعاجهم في منامهم . فإذا تحقق هذا الأمر : فالأمر في هذا يسير، ويبقى شيء آخر : قضية المنع، إذا كان في هذا منع : فعلى الناس الامتناع عنه إذا كان ممنوعاً من الجهات والسلطات المختصة من بيعه وتداوله
“Permainan bunga api dan mercun sama seperti perkara lain yang ada padanya mudarat dan juga sebahagian manfaat, saya juga perlu berikan perhatian beberapa perkara:
- Berhati-hati daripada menyakiti orang Islam dengan bunyi yang mengganggu.
- Mengelakkan bahaya kepada diri sendiri, terutama kanak-kanak hendaklah bermain di bawah pengawasan wali atau penjaga, sehingga dia tidak mendatangkan mudharat kepada orang lain (dan dirinya).
- Tidak menyebabkan kebakaran, dan sebaiknya dilakukan di kawasan terbuka seperti di padang atau tempat lapang yang tidak mengganggu harta benda atau tidur orang lain. Jika syarat-syarat ini dapat dipenuhi, maka hukumnya lebih ringan. Suatu yang perlu diberi perhatian juga, iaitu ika pihak berkuasa melarang penggunaannya, maka orang ramai wajib mematuhinya dan tidak menggunakannya. (Petikan daripada program al-Jawab al-Kafi di saluran TV al-Majd).
Kesimpulan
Mengambil pendangan pertama adalah langkah berhati-hati. Bagi yang mengambil pandangan kedua yang membenarkan, hendaklah mematuhi syarat-syarat yang disebukan.
